Posted by : Cikgu Siber Ahad, 29 November 2015


Saya mengakui Frog VLE merupakan satu Learning Management System (LMS) terbaik berbanding pesaingnya dalam kelas Virtual Learning Environment (VLE). Banyak perubahan dilakukan berbanding versi pertama yang saya cuba pada 2012. Tahun ini kita menyaksikan beberapa kemaskinian baru yang menarik, antaranya penyiaran laman di web dan pengenalan beberapa ciri terbaru seperti Timelines dan Markbook. 
Meskipun begitu, platform ini masih bergelut dengan masalah kadar penggunaan dari kalangan guru dan pelajar. Sebenarnya ianya merupakan perkara biasa dan ia juga berlaku di negara negara maju apabila sesuatu teknologi baru cuba dipelkenalkan kepada sistem pendidikan mereka. Ia merupakan satu proses yang berterusan untuk mencari penyelesaian lantas mengubahsuai teknologi agar serasi dengan persekitaran yang wujud. Untuk penambahbaikan, berikut merupakan apa yang saya harapkan akan hadir pada tahun hadapan. 

1. Aplikasi mudah alih penghantar notifikasi
Facebook Notify boleh menjadi contoh terbaik bagaimana notifikasi dari sebuah sistem dapat dihantar kepada bingkai notifikasi telefon pintar pengguna. Sebagai contoh apabila guru menghantar tugasan kepada pelajar, notifikasi akan muncul pada peranti pintar milik pelajar. Seterusnya notifikasi akan menghantar terus pelajar ke laman tersebut melalui Web Browser. Pembangun Frog VLE perlu mempertimbangkan aplikasi sebegini yang membolehkan sebarang notifikasi aktiviti dihantar terus kepada pengguna pada sebarang peranti. 


Notify ditawarkan di US untuk platform iOS dan bakal ditawarkan kepada semua.


2. Paparan rensponsif dan fleksibel untuk sebarang saiz peranti
Kini, lebih 30% akses kepada Internet kini datangnya dari pengguna peranti pintar dan polanya semakin meningkat dengan pantas. Dalam pembangunan web, Responsive Layout merupakan satu teknologi dimana antaramuka web akan berubah mengikut paparan peranti. Ianya memberi keselesaan kepada pengguna untuk melihat paparan pada sebarang saiz peranti yang digunakan. Namun, melihat cara Frog dibina, untuk menukarkan paparan VLE kepada halaman yang lebih rensponsif dan fleksibel, ia memerlukan pengubahsuaian yang besar pada kod pengaturcaraan mereka. 

3. Suntikan motivasi dalam persekitaran pembelajaran
Saya berpeluang mencuba aplikasi Sasbadi iLearn pada tahun 2013. Apa yang saya sukakan pada aplikasi ini adalah elemen motivasi yang digunakan dalam pembelajaran mereka. Mereka menggalakkan persaingan pelajar dengan memperkenalkan sistem merit dan disiarkan pula pelajar yang tertinggi kedudukannya dalam usaha menyelesaikan pembelajaran serta latihan. Mereka juga mempelkenalkan halaman dashboard secara ilustrasi grafik. Pelajar akan diberi sebuah ruang bilik kosong dan pelajar boleh melakukan proses makeover dengan mata ganjaran yang diperolehi melalui pelbagai aktiviti. Idea sebegini mungkin boleh digunakan dalam Frog VLE untuk menggalakkan pelajar terus menggunakan platform pembelajaran ini. 

Sistem ranking untuk menggalakkan persaingan oleh Sasbadi iLearn

4. Panduan aplikasi untuk guru
Masalah utama kebanyakkan guru adalah mereka kurang arif bagaimana untuk menggunakan Frog VLE dalam PdP. Frogasia atau TV Pendidikan perlu menerbitkan beberapa siri pengajaran contoh bagaimana ciri yang ditawarkan dalam VLE dapat digunakan dalam kelas. Dengan mengambil Matematik sebagai contoh, guru boleh mengaplikasikan beberapa methodologi menggunakan beberapa fungsi yang bersesuaian seperti Mathematics Equations Editor untuk digunakan dalam kelas tersebut. Untuk matapelajaran Sejarah pula mungkin method dan widget lain pula diperkenalkan.

Frogstore mengandungi pelbagai kandungan pembelajaran berkualiti
Selain itu, guru harus disedarkan mengenai kandungan dari FrogStore sebagai sumber yang kaya dan yang dapat digunakan dalam pengajaran mereka. Kebanyakkan guru menganggap mereka harus membina bahan sendiri dan ini melibatkan masa yang banyak. Harus disedari rutin harian tugas guru amat sibuk. Dengan menggunakan sumber sedia ada guru hanya perlu melakukan sedikit modifikasi sebelum ia sedia digunakan dalam kelas. Penerbitan bahan kempen nanti perlulah menggunakan bahasa Melayu agar ianya lebih dekat dengan kebanyakkan guru di Malaysia. 

5. Insentif yang lebih baik kepada jurulatih VLE
Di setiap daerah terdapat sekurang-kurangnya 2 jurulatih utama dari kalangan guru yang bertukus lumus menyebarkan pengetahuan mengenai penggunaan Frog VLE. Saya sendiri yang terlibat dalam latihan yang diatur sejak 2012 mengakui mengajar guru lebih mencabar dari mengajar pelajar. Untuk menghargai sumbangan mereka saya merasakan para jurulatih VLE perlu diberi insentif untuk menyuntik semangat mereka. 

Saya mencadangkan jurulatih diberikan pinjaman Chromebook untuk memudahkan urusan latihan dan pementoran. Chromebook bagi saya merupakan peranti yang amat sesuai untuk para jurulatih. Sebagai contoh di sekolah, saya kerap dihubungi oleh para guru dari sekolah lain apabila mereka mengalami masalah mengenai penggunaan Frog VLE. Saya memerlukan sebuah peranti yang pantas proses botnya dan menyokong rangkaian pantas 4G untuk saya memberi maklumbalas segera kepada mereka. 


Selain itu jurulatih ini juga perlu diberikan sijil penghargaan daripada Frogasia sendiri memandangkan ini merupakan program kerjasama KPM dan para jurulatih utama telah secara sukareka menjalankan peranan yang sepatutnya dijalankan sendiri oleh pihak Frogasia. Penghargaan dari Frogasia dilihat amat penting untuk menunjukkan betapa pihak Frogasia menghargai sumbangan besar mereka. 

Mungkin beberapa harapan dan cadangan diatas dapat dipertimbangkan untuk menambahbaik platform pendidikan ini pada masa hadapan. Ini merupakan 5 perkara yang saya mahukan untuk tahun 2016. Apa pula yang anda mahukan? 

{ 6 ulasan... read them below or Comment }

  1. kalau saya sebagai JU frog, saya x mahu chromebook sebagai pinjaman. YTL perlu beri sebuah chromebook khas kepada mereka. Sebagai semangat dan galakkan untuk terus membawa frog kepada hati guru-guru. sekadar cadangan saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 'Pinjaman' hanya term teknikal, ju boleh bawa balik utk kegunaan pementoran, kalau term ' pemberian' kalau gajet bermasalah selepas tempoh warranty, pihak ytl/frogasia tak bertanggungjawab, kalau pinjaman ytl/frogasia kena gantikan walaupun dah 2-3 tahun pakai

      Padam
    2. Kebaikan bg peminjam pula segala gajet akan di kira sebagai aset syarikat, so dalam akaun syarikat x berlaku isu terlebih belanja, dan mudah untuk pihak atasan diluluskan bajet utk program ni..

      Padam
  2. pandangan yg menarik dan perlu diambil perhatian oleh pihak pembangun frog vle...semoga semakin memudahkan urusan

    BalasPadam
  3. halo,

    Saya teman-teman di luar sana Anda membutuhkan pinjaman atau Telah mencari
    cara untuk mendapatkan satu, atau Mungkin Anda mencari bantuan dari bank karena kredit buruk Anda
    Mereka Memiliki menolak status dan untuk memberikan dan sekarang Anda berpikir Bahwa semua harapan
    kehilangan, sayangku Tidak semua harapan tidak hilang ....... Ada datang tempat
    solusi untuk semua kekhawatiran Anda dan kecemasan. Berikut adalah master perencana
    Carlos cantona rumah Pinjaman Plc. kami menawarkan pinjaman kami dengan tingkat bunga 2%
    Apakah perusahaan kepada semua orang Individu atau perusahaan dapat kita menghitung berapa banyak !!!
    Anda dapat menghubungi kami hari ini di: (carloscantonaloanhome@gmail.com) untuk
    mudah dan pinjaman terpercaya, tugas kita adalah untuk membantu Anda keluar dari situasi Anda dan
    mengakhiri khawatir dan cemas .... Motto: Tidak ada yang terlalu sulit untuk
    Allah untuk melakukan ..

    BalasPadam

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -