- Back to Home »
- pengaturcaraan »
- TechPrep oleh Facebook, Kurasi dunia pengaturcaran dan Sains Komputer
Posted by : Cikgu Siber
Rabu, 21 Oktober 2015
Mark Zuckerberg telah muncul bersama beberapa tokoh lembah silikon dalam siri asas pengajaran ilmu asas pengaturcaraan The Hour of Code di Code.org. Beliau menunjukkan sokongan yang penuh kepada kempen organisasi ini untuk mempromosikan dunia sains komputer serta pengaturcaraan kepada masyarakat dunia.
Facebook milik Mark pada hari ini melancarkan Techprep, satu inisiatif baru bersama McKinsey & Company untuk memberi fokus kepada ibubapa dan pelajar untuk memahami dengan lebih lanjut kemahiran generasi baru ini dengan cara yang lebih menarik dan menyeronokkan.
Usaha ini dilakukan memandangkan dalam kajian mereka 77% ibubapa atau penjaga tidak tahu bagaimana cara untuk mengajar anak mereka dalam sains komputer. Pengetahuan asas komputer begitu penting bagi generasi kini memandangkan teknologi maklumat digunakan seharian dan hampir semua sektor pekerjaan di dunia sudah berpaksikan kepada literasi digital serta maklumat.
Facebook menyatakan pengaturcara akan menjadi pekerjaan yang paling diperlukan di dunia dengan menjangkaan 1 juta jawatan bagi posisi itu tidak akan diisi menjelang tahun 2020. Di US sahaja pendapatan purata seorang pengaturcara komputer adalah sebanyak USD62,000 setahun lebih tinggi berbanding perkerjaan sektor lain.
Saya baru sahaja selesai meneroki apa yang ditawarkan di Techprep. Dalam Techprep anda perlu memilih status anda sama ada ibubapa atau pelajar. Seterusnya anda perlu memilih rangkuman usia anda dan tahap yang mahu anda kuasai.
Tanpa perlu mendaftar seterusnya anda boleh memilih kategori kurasi kandungan anda. Terdapat 7 kategori kurasi yang dicadangkan iaitu Recomended, Thinker & Toys, Games, Reference Meterials, Life or Structured Instructions, College, Career Prep & Scholarship dan Communities & Events.
Techprep menyediakan pautan pembelajaran yang pelbagai dari sumber yang disarankan. Ianya lebih kepada web kurasi kandungan seperti Pinterest ataupun Stumbleupon, bezanya persembahannya lebih 'bergaya' dan fokusnya hanya dunia pengaturcaraan.
Sumber: Techprep