Posted by : Cikgu Siber Khamis, 22 Oktober 2015

Krisis jerebu yang melanda negara menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan penutupan sekolah di beberapa negeri mengikut keadaan semasa. Cuti bencana yang diberikan mengundang pelbagai polimik oleh pelbagai pihak memandangkan sekarang ini merupakan musim peperiksaan dan guru serta pelajar sibuk membuat persediaan rapi. 

Muat turun aplikasi pemantauan Jerebu

Dalam kenyataan media pemberitahuan penutupan sekolah pada 22 Oktober, mereka menyarankan para guru menggunakan aplikasi VLE untuk pembelajaran. Penggunaan VLE pada saat-saat sebegini dilihat sangat penting, namun cabaran utamanya lebih kepada capaian internet oleh pelajar kerana tidak semua pelajar mampu mempunyai akses yang baik kepadanya. 


Disini kami cadangkan tiga (3) alat yang boleh digunakan dalam pembelajaran atas talian ketika cuti jerebu.

Frog VLE
Frog VLE digunakan oleh semua 10,000 buah sekolah di Malaysia. Ianya menyediakan pelbagai fungsi canggih dan sumber pembelajaran yang kaya di Frogstore. Guru boleh menggunakan aplikasi ini untuk menghantar tugasan kepada pelajar dengan fungsi Assign yang terdapat padanya. Guru seterusnya dapat memantau terus maklumbalas pelajar menerusinya. 

Google Hangout
Google Hangout merupakan satu perkhidmatan persidangan secara video menggunakan webcam ataupun kamera hadapan gajet pintar. Untuknya anda perlu mendaftar akaun Google dan mengaktifkan fungsi ini. Dalam aplikasi itu guru dapat bersiaran diatas talian dan disertai oleh pelajar-pelajar secara langsung. Menariknya, walaupun pelajar terlepas sesi 'on air' mereka boleh masih menyaksikan peristiwa tersebut menerusi rakaman di Youtube.



TED Ed
TED Ed telah diulas oleh saya dalam catatan yang lalu. Anda mungkin perlu mencari tajuk yang bersesuaian dan cipta pembelajaran anda sesuai dengan objektif yang ingin dicapai. Fungsi kostumasi yang terdapat padanya mebenarkan anda menggunakan segala sumber yang ditawarkan dan mengolahnya mengikut kreativiti anda. Terdapat lebih 143,000 bahan pembelajaran dari TED Ed sedia digunakan dalam pembelajaran anda. 

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -