Posted by : Cikgu Siber Selasa, 27 Oktober 2015

Pada tahun 2015, pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) & Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dilaksanakan secara menyeluruh sehingga ke peringkat sekolah melalui sistem HRMIS. Kemuncak pelaksanaan tersebut bermula pada September 2015 sehingga kini didapati banyak aduan dari kakitangan sekolah berkenaan masalah akses kepada sistem HRMIS. 

Untuk makluman, masalah akses kepada sistem HRMIS boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dari peringkat pengguna sistem sehingga aplikasi HRMIS. Faktor-faktor seperti masalah infrastruktur atau talian yang digunakan diperingkat sekolah, kediaman, dan lain-lain tempat, masalah peranti atau peralatan ICT yang digunakan dan waktu puncak akses kepada aplikasi HRMIS menyumbang kepada gangguan akses secara keseluruhan.


Sehubungan itu, soal selidik ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti punca masalah akses kepada sistem HRMIS bagi membolehkan penambahbaikan segera ke atas masalah tersebut dapat dilakukan oleh pihak yang berkaitan untuk menjamin keselesaan penggunaan.

Bagi kajian ini, responden adalah daripada kakitangan sekolah  dengan mengambil kira pengalaman akses (user experience) kepada aplikasi HRMIS bermula pada September 2015 sehingga kini. - HRMIS

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -