- Back to Home »
- sumber pembelajaran »
- iTTV menawarkan lebih 2,500 video pembelajaran percuma
Posted by : Cikgu Siber
Isnin, 26 Oktober 2015
Pada minggu lepas, kita menyaksikan satu kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan e-learning, iTTV Education Sdn. Bhd. Syarikat ini menawarkan kandungan percuma menerusi saluran di Youtube dari 3 sehingga 6 bulan untuk pelajar dari darjah 4 sehinggalah tingkatan 5. Ia membawakan kandungan lebih 1000 jam video pembelajaran yang menepati piawaian serta sukatan matapelajaran terkini.
Di hari pelancaran pada 18 Oktober di Putrajaya, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kelebihan iTTV ialah penyampaian yang jelas kerana tenaga pengajarnya yang berkualiti. Semua mata pelajaran sains tulen seperti Biologi, Fizik, Kimia telah lengkap tersedia untuk semua pelajar, manakala mata pelajaran teras seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains juga lengkap untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 3.
Menurutnya lagi ada ibu bapa mengadu di kawasan pedalaman misalnya wujud masalah kekurangan guru. Namun dengan adanya iTTV, semua pelajar akan mendapat pelajaran yang sama daripada guru yang sama di mana-mana sahaja mereka berada.
Sumber: iTTV, Harian Metro