- Back to Home »
- perkongsian , persidangan »
- Seminar 3i Google for Education - Hari Pertama
Posted by : Cikgu Siber
Sabtu, 19 September 2015
Acara pelancaran dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Cik Rahayu, koordinator bagi seminar ini. Seterusnya acara diteruskan dengan cerita inspirasi dari Kapten Mohammed Faiz Kamaludin, salah seorang daripada 4 calon yang terpilih untuk peringkat akhir program angkasawan pertama Malaysia dan kini mengusahakan sebuah NGO pendidikan sains angkasa, Astro X.
Seterusnya, sesi kelas bermula sehingga jam 4 petang. Saya melihat kebanyakkan tajuk bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan, namun ia begitu penting dan bermakna kepada guru-guru yang berminat mahu menggunakan teknologi dalam pengajaran.
Apa yang menarik perhatian saya adalah 100percentproject.org, sebuah projek tajaan MAGIC yang menyediakan perkhidmatan meraih dana seperti Kickstater, yang hanya mengfokuskan kepada projek-projek pendidikan. Saya bercadang bertemu pengasasnya hari ini, saudara Andrew untuk mendapatkan sedikit maklumat.
Apapun, perkongsian hari ni berlangsung dengan penuh harmoni dan saya berharap pihak penganjur dapat menyelesaikan beberapa isu kecil seperti pendaftaran yang sesak (untuk barisan M dan N) serta kupon makan yang hanya sah sehingga jam 4 petang. Berjumpa lagi esok...
Saya dapat banyak manfaat daripada Seminar 3i ini... Terima kasih Google
BalasPadamKami ambil maklum pasal pendaftaran. Tenaga pengajar pun tiada lane lain. Beratur sama dan malangnya yg macam saya, namanya bermula denga huruf N.. hahaha.
BalasPadamTapi bbrp event google yg International byk guna cara ini, mungkin sebab Mat Salleh kurang nama huruf M dan N macam kita. Tapi kami sudah ajukan, InsyaAllah ada penambahbaikan diharapkan jika ada penganjuran lagi di tahun akan datang