Posted by : Cikgu Siber Ahad, 20 September 2015

Hari kedua saya memilih untuk menyertai sesi perkongsian Chrome Extensions & Applications oleh Puan Normi Azura Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Norm_Superb dalam arena digital. Beliau menceritakan bagaimana persekitaran Google terbentuk serta memperkenalkan beberapa extensions dan aplikasi dalam pelayar Chrome atau Chrome OS yang berguna untuk para pendidik.


Sebelum bermulanya sesi diatas, terdapat satu sesi perkongsian berlangsung di Dewan Utama tingkat 11 oleh Dr. Amani Salim. Dr. Amani merupakan seorang ikon dalam dunia sains. Anda boleh melakukan carian di Internet dan boleh dapati betapa pentingnya peranan beliau dalam usaha memajukan STEM di Malaysia. Petikan beliau yang menarik perhatian saya adalah "Sebagai seorang pendidik, adalah salah untuk menyatakan apa yang ditemukan pelajar adalah salah. Kita harus menanganginya dengan penuh bertanggungjawab serta menghargai hasil penerokaan mereka"


Sesi bengkel saya memilih Bengkel Drawzania oleh Dr. Ruzaimi Mat Sani. Saya amat tertarik dengan falsafah yang diperkenalkan. Menurutnya, kita mempromosikan kreativiti dan inovasi kepada pelajar di Malaysia, tetapi dalam masa yang sama kita lupa akan asasnya, iaitu drawing.


Melalui program di Drawzania, pengguna akan diasuh langkah demi langkah untuk merekabentuk sesuatu grafik. Bengkel ini amat bagus untuk membaiki kebolehan guru mengilustrasi di papan putih. Peserta diberikan teknik latihan dan konsep disebalik rekaan grafik.



Seterusnya, saya sempat menyertai sesi 'Unconference' dengan tajuk Virtual Reality: Penggunaan di dalam kelas. Perbincangan amat menggalakkan. Saya amat tertarik dengan konklusi perbincangan, iaitu pendidikan terbaik adalah dengan mendidik pelajar mengimaginasikan sesuatu proses. Hasil telaah akan dikongsikan nanti.


Seterusnya pada petang berlangsung acara penutup yang berlangsung dengan meriah serta acara cabutan bertuah dan #tags yang menawarkan hadiah Chromecast dan Chromebook. 





{ 1 ulasan... read them below or add one }

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -