Posted by : Cikgu Siber Khamis, 20 Ogos 2015

Saya mengakui amat lemah dalam ilmu hisab. Untuk menyiapkan tugasan atau kerja sekolah yang diberikan guru amat 'merimaskan'. Tambahan pula apabila untuk meyelesaikan masalah matematik yang sukar, dimana rakan saya yang mahir pun gagal menyelesaikan, ianya amat menggangu ketenangan jiwa. 

Minat terhadap matematik berkurangan, kesannya, sewaktu SPM saya hanya menjawab hanya 1 soalan Matematik Tambahan sahaja. Itupun lulus dalam matapelajaran tersebut. 


Seiring kecanggihan teknologi, kini muncul sebuah aplikasi mobile PhotoMath sebagai salah satu inovasi untuk menyelesaikan masalah matematik tahap mudah dan lanjutan. Dilancarkan pada tahun lepas oleh MicroBLINK.com. aplikasi ini menggunakan fungsi kamera dan anda hanya perlu halakan lensa pada soalan atau lembaran sesuatu masalah matematik. Secara terus, jawapan dipaparkan dan anda juga dapat melihat langkah pengiraan. 

Saya telah mencuba perisian ini dan ternyata, ianya amat pantas memaparkan keputusan dan memaparkan langkah penyelesaian yang mudah difahami setelah butang Steps >> ditekan. Selain pengiraan mudah, ia juga menyokong pengiraan-pengiraan sukar seperti pecahan & perpuluhan, al-gebra, persamaan linear, persamaan kuadratik, ungkapan arimatek, punca kuasa dan sebagainya. Mereka kini sedang menambahbaik sistem dengan menyokong pengiraan yang sukar. 



Secara peribadi, saya menganggap aplikasi ini amat penting untuk memudahkan pelajar memahami pengiraan dan juga membantu guru dalam mengajaran. Namun, kebergantungan kepada aplikasi ini secara penuh perlu dielakkan memandangkan ilmu matematik mempunyai disiplin ilmu tertentu. Pelajar tidak harus mengambil kesempatan terhadap aplikasi ini hanya untuk menyiapkan kerja sekolah semata-mata tanpa memahami konsep serta melakukan sedikit usaha penyelesaian melibatkan beberapa langkah berfikir.



Perisian masih lagi pada peringkat beta dan ianya ditawarkan kepada semua platform utama iaitu iOS, Android, Windows Phone dan juga ditawarkan di Amazon

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -