Posted by : Cikgu Siber Selasa, 18 Ogos 2015


Steve Jobs pernah berpesan kepada seluruh rakyat Amerika, "Setiap rakyat negara ini harus belajar bagaimana untuk memprogram komputer, kerana ianya mengajar kita bagaimana cara untuk berfikir". Pembelajaran ilmu sains komputer kini menjadi suatu yang penting kerana dunia kini berkisar dengan domain literasi teknologi dan pengurusan data. 


Code.org merupakan satu organisasi yang dilancarkan pada 2013 bertujuan untuk memberi akses kepada disiplin ilmu sains komputer kepada semua tanpa mengira jantina dan warna kulit. Mereka menawarkan pengalaman pembelajaran yang meyeronokkan untuk pelajar memahami prinsip asas pengaturcaraan.



Antara yang menarik ditawarkan adalah The Hour of Code. Satu pembelajaran untuk memahami pengaturcaraan secara mudah disediakan secara sistematik mengikut aras kemahiran pelajar. Mereka menyatakan sudah lebih 124 juta pelajar telah melalui modul pembelajaran online ini.


Saya telah menghabiskan kira-kira satu jam untuk modul ini. Jangan terkejut jika pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dan billionaire lembab silikon, Bill Gates muncul dalam video pengenalan, menerangkan tentang kandungan pembelajaran. Mereka menampilkan ramai lagi ikon hebat sebagai satu galakan dan sumber inspirasi untuk pelajar terus belajar. 



Pembelajaran di sana amat mudah di fahami. Mereka menampilkan watak-watak dari permainan popular seperti Plants vs. Zombie  dan sensasi Frozen untuk menarik minat pelajar.  Setelah tamat  modul anda akan diberikan sijil untuk dicetak sendiri. Selain The Hour of Code, pelbagai lagi modul yang boleh dicuba secara tutorial. 



Di Malaysia, cadangan pengenalan Asas Sains Komputer (untuk tingkatan 1-3) pada 2017 menggantikan program ICT Literacy (tingkatan 1-2) merupakan satu langkah semasa yang secara peribadinya saya berpendapat ia merupakan satu usaha yang bijak oleh Kementerian Pendidikan memandangkan prospek kerjaya masa depan memerlukan set pengetahuan dan kemahiran yang lebih mencabar. 


Langkah ini dilihat mengambil model yang dijalankan di UK apabila disana mereka secara serius menjadikan Sains Komputer sebagai subjek teras bagi sekolah arus perdana sejak 2013. Dengan sumber pembelajaran yang pelbagai di Internet, Code.org merupakan salah satu pilihan terbaik boleh digunakan sebagai alat yang berkesan, menarik dan penuh inspirasi. 


Sumber: Code.org

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -