- Back to Home »
- dari meja blogger , mobile apps , perkongsian »
- Mampukah Telegram menggantikan fungsi Email?
Posted by : Cikgu Siber
Jumaat, 5 Jun 2015
Telegram yang diperkenalkan pada dekad 30-an merupakan satu perkhidmatan menghantar pesanan ringkas menerusi kertas menggunakan alat yang digelar Teleprinter. Ianya amat penting memandangkan untuk menghantar sepucuk surat atau poskad ianya mengambil masa berminggu-minggu (dan kadang-kadang berbulan) untuk merentasi sempadan negara.
Siemens T100 Telex machine, sebuah mesin penghantar telegram
Negara kita era pasca merdeka menyaksikan penggunaan pesat teknologi ini oleh perkhidmatan pos. Dalam cerita P Ramlee juga kita dihidangkan dengan babak si ibu menerima utusan Telegram dari Singapura melaporkan hal kematian.
Contoh utusan telegram pada tahun 30 an
Pada era tersebut teknologi komunikasi seperti telefon juga semakin berkembang dengan terbinanya kabel-kabel merentasi dasar laut. Telegram semakin ditinggalkan sehinggakan pada tahun 1977, pejabat pos di UK secara rasminya menamatkan perkhidmatannya dan diambilalih oleh British Telecom. Pada 30 September 1982 perkhidmatan telegram dibatunisankan setelah puluhan tahun menabur bakti disana.
Era Maklumat
Kita tinggalkan era permulaan komunikasi digital. Dalam era baru teknologi maklumat, Instant Messaging (IM) diperkenalkan dengan dominasi oleh IQC pada mulanya dan menjadi amat popular dengan pengenalan Yahoo! Messeger pada 2008. Ianya berkembang seiring dengan letusan dunia internet dan kegilaan syarikat-syarikat dari lembah silikon menguasai pasaran.
Era peranti pintar, masyarakat dunia diperkenalkan dengan pelbagai jenama seperti Wechat, LINE, Whatsapp dan sebagainya. Whatsapp perupakan IM yang paling popular ketika ini dengan mencatatkan 500 juta pengguna seluruh dunia. Namun, inovasi yang diperkenalkan Telegram sejak kebelakangan ini mendorong para pengguna beralih kepada platform ini.
Nama Telegram mungkin dipilih pengasasnya, dua beradik Pavel Durov dan Nikolai Durov berdasarkan sejarah perkhidmatan telegram yang panjang dan penting suatu masa dahulu. Peranannya masih sama iaitu menghubungkan manusia dari pelusuk dunia menerusi teks. Bezanya, jika dahulu, mesej yang dihantar mengambil masa berhari-hari untuk sampai, namum kini ianya sepantas kilat.
Post saya sebelum ini ada membincangkan sejarah ringkas bagaimana aplikasi Telegram diasaskan pada 2013. Melihat kepada jenama-jenama yang wujud, saya merasakan Telegram merupakan satu penyedia yang amat komited dengan inovasi-inovasi baru dengan sentiasa mengumumkan ciri-ciri yang sentiasa dikemaskini.
Kelebihan Telegram:
1. Boleh dipasang pada sebarang peranti-mobile, tab dan dekstop/PC.
Faktor inilah menjadikan Telegram lebih maju setapak ke hadapan meninggalkan pesaingnya. Dengan memasang pada desktop, anda hanya perlu log masuk dengan nombor telefon yang didaftarkan dan seterusnya perlu memasukan kod pengesahan yang dihantar kepada anda. Ianya amat stabil dan pantas.
2. Boleh diakses menerusi web dengan pantas
Disaat anda menggunakan komputer awam, anda tidak perlu memasang aplikasi ini. Dengan melayari http://web.telegram.org anda akan dapat memasuki akaun anda dan menggunakan Telegram sama seperti fungsi pada desktop ataupun peranti mobil.
3. Boleh mengirim dan menerima sebarang bentuk fail.
Ianya menyokong penghantaran sebarang bentuk media dan fail. Proses muat naik dan muat turunnya juga amat pantas sekali. Selain itu ia juga menyokong storan awan seperti Google Drive dan Dropbox.
5. Pembentukan kumpulan kerja yang cekap
Telegram dapat membentuk persekitaran kerja yang amat kondusif dan cekap. Kumpulan kerja dapat dibentuk dan perbincangan profesional kumpulan dapat dijalankan dengan lebih effektif. Telegram juga sentiasa menawarkan inovasi terkini untuk pegurusan kerja oleh organisasi.
6. Sentiasa dikemaskini dengan ciri-ciri baru.
Telegram mengemaskini perkhidmatan mereka hampir setiap bulan. Banyak inovasi baru diperkenalkan. Anda boleh ke blog mereka untuk melihat ciri-ciri baru yang ditawarkan.
Walaupun banyak lagi ciri-ciri yang ditawarkan, keenam-enam kelebihan yang digariskan telah cukup menyakinkan saya bahawa Telegram merupakan IM terbaik setakat ini.
Telegram vs Email
Telegram kini merupakan aplikasi wajib di laptop-laptop rakan sekerja. Untuk menghantar fail, penggunaan storan awan seperti Frogdrive, Google Drive dan Dropbox serta perkongsiaannya melalui pautan tidak begitu popular dalam kalangan rakan-rakan.
Dalam urusan kerja di tempat kerja, dialog seperti "Nanti telegram fail tu kepada saya" adalah perkara biasa. Penawaran Telegram merupakan satu solusi yang menarik dan dilihat menepati selera ramai. Dengan liputan internet yang menyeluruh, storan fizikal seperti pendrive pun sudah tidak perlu. Fail-fail yang dihantar juga lebih selamat kerana anda boleh mencari kembali fail-fail disaat anda perlukannya.
Dengan memilih Info>Shared Media. Kemudian klik Shared Media V pilih Files anda akan
melihat semua file yang dikongsi dalam kumpulan tersebut.
Email bagi saya tidak lagi menarik, ianya dicemari dengan terlalu banyak spam, mail promosi dan notifikasi media sosial yang keterlaluan. Ianya boleh dihalang dengan beberapa tetapan sebenarnya, namun ianya amat meyusahkan bagi saya. Saya juga kadang kala terkeliru dengan paparan dashboard oleh penyedia email popular apabila hendak memuat-turun sesuatu lampiran fail.
Menjawab persoalan adakah email masih penting? Bagi saya email masih lagi berperanan sebagai medium rasmi. Ianya digunakan sebagai satu platform pengganti kertas yang begitu berkesan, yang digunakan oleh semua sektor di dunia. Namun, untuk urusan penghantaran fail dokumen dan media, peranan ini telahpun diambilalih sedikit demi sedikit oleh Telegram.
Email akan kekal wujud dengan peranan dan ciri-ciri unik yang dimilikinya. Telegram pula semakin berkembang dan penggunanya bertambah dari semasa ke semasa. Mungkinkah Telegram akan menyokong fungsi sepertimana cara email beroperasi? dan seterusnya mengambil alih fungsi asas email? Sama-sama kita nantikan.
Sumber: Telegram Blog, Wikipedia
Sumber: Telegram Blog, Wikipedia