- Back to Home »
- persidangan , sumber pembelajaran , vle »
- The Digital Education Show Asia 2015
Posted by : Cikgu Siber
Selasa, 12 Mei 2015
Tanggal 15 dan 16 Jun 2015 menyaksikan Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah untuk pertunjukan pendidikan digital Asia tahunan kali ketiga anjuran syarikat yang terkenal dengan penganjuran acara-acara pendidikan yang mengimplementasikan inovasi, teknologi dan kreativiti, Terrapinn.
Mereka membawakan persidangan premium yang melibatkan personal-personal dalam bidang pembelajaran digital dunia seperti Simon Breakspear, Sugata Mitra, Justun Boker dan ramai lagi. Selain itu terdapat lebih 100 personal untuk sesi keynote disamping lebih 100 lot pameran, bengkel, seminar, sudut perpustakaan dan ruang konsep kelas masa depan.
Untuk pass masuk anda perlu membayar USD $3,325 untuk pakej standard persendirian. Jika datang berkumpulan dari institusi pendidikan anda mungkin lebih jimat dengan hanya membayar USD $1,285 bagi 3 orang. Jika anda berseorangan dari institusi pendidikan anda perlu membayar USD $620. Kesemua pakej premium ini menawarkan tiket persidangan khas untuk 2 hari, makan tengah hari berserta refreshment dan Total Education Mobile Apps.
Selain itu, pas masuk percuma juga ditawarkan. Pekej ini hanya membolehkan anda mengunjungi ruang pameran dan menduduki seminar percuma. Semua pakej premium dan percuma memerlukan anda mendaftar terlebih dahulu sebelum 29 Mei 2015. Persidangan pendidikan yang mendapat sokongan KPM dan MDeC ini akan diadakan di KLCC, Kuala Lumpur.
MUAT TURUN BROUSURE