Posted by : Cikgu Siber Ahad, 26 April 2015

 

Terdapat kes sepertimana yang dilaporkan oleh PDRM dimana mangsa yang kerap mengemaskini status mendedahkan dirinya kepada risiko jenayah. Penjenayah memantau pergerakkan mangsa dan cuba mendapatkan seberapa maklumat beliau sebagai rakan. Apabila mangsa menghantar status memberitahu beliau tiada dirumah kerana balik ke kampung untuk beberapa hari (sebagai contoh), penjenayah mengambil kesempatan memecahmasuk ke rumah mangsa. Oleh itu, berhati-hati kepada yang gemar berkongsi apa sahaja di laman sosial. 

Berikut merupakan tips yang diberikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui kempen KLIK DENGAN BIJAK. 


Laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Tagged adalah platform peribadi anda, di mana maklumat tentang diri anda dipamerkan di sini dan antara keunikannya:

 Mengemaskini status semasa;
 Mengajak rakan-rakan untuk bersama-sama memberi komen dan pendapat; dan
 Memuat naik dan berkongsi gambar yang sopan dan sesuai bersama rakan-rakan

Laman sosial adalah laman di dalam talian! Jadi, segala  maklumat yang anda paparkan boleh dilihat
oleh sesiapa sahaja.

Jikalau anda mempamerkan TERLALU BANYAK maklumat  tentang diri anda, ia akan menjadi LEBIH MUDAH untuk  sesiapa mencari anda. 

Oleh itu;

Cuba untuk TIDAK mempamerkan maklumat peribadi anda.
✔ Nama samaran adalah lebih baik daripada nama penuh! 
– Jika mereka benar-benar rakan anda, sudah pasti  mereka boleh mengenali anda, betul?

✔ Fikir dahulu sebelum meletakkan apa-apa gambar atau 
kandungan yang ingin dikongsi bersama rakan-rakan 
maya anda.

✔ Ubahsuai tetapan akaun anda di ruang (Privacy Settings)
atau (Account Settings) bagi menghindar orang yang 
tidak dikenali daripada melihat halaman profil, gambar 
mahupun video yang anda telah muat naik. 

✔ Laporkan kepada pihak pentadbir laman sosial  berkenaan sekiranya anda terjumpa kandungan yang pelik atau anda menjadi mangsa pemalsuan profil di laman sosial mahupun diganggu oleh orang yang tidak dikenali.

(Sumber: SKMM)


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -