- Back to Home »
- pim »
- PIM #1 Mahsuri Abd Rahman
Posted by : Cikgu Siber
Jumaat, 24 April 2015
PROFIL PENDIDIK INSPIRASI MALAYSIA 2015
Nama: Pn. Hjh. Mahsuri bt Abd. Rahman
Sekolah/Institusi: SMK Tambun, Ipoh, Perak
Bidang/subjek diajar: Literasi Komputer (ICTL) dan Bahasa Melayu
Pengalaman dalam bidang: 22 Tahun
Pengiktirafan yang diperolehi: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1999 dan 2006
Beliau mula berkhidmat pada 1 Disember 1992 di SRK Slim River, Perak setelah tamat pengajian di Institut Bahasa Kuala Lumpur. Seterusnya pada tahun 1994 beliau bertukar ke sekolah SK Pasukan Polis Hutan Ipoh Perak. Pada tahun 2002 beliau telah menyambung pelajaran dalam bidang Teknologi Maklumat.
Pada tahun 2005 beliau telah ditempatkan semula sebagai pendidik untuk bertugas di SMK Tambun. Bagi beliau SMK Tambun memberikan kenangan yang sangat manis kepada kerana di sanalah beliau telah bersekolah dalam darjah satu pada tahun 1975. Pantas pada tahun 2006 beliau dianugerahi buat kali kedua Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Dengan prinsip “KITA MESTI ADA SIFAT SADIQ DAN AMANAH DALAM DIRI KITA JIKA INGIN BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKIRAT”" beliau kini meneruskan pengajian saya dalam bidang Sarjana Pendidikan Bimbingan Kaunseling. Ikuti temubual kami dengan beliau.
GS: Assalamualaikum puan, boleh kongsikan apa yang sedang puan lakukan di SMK Tambun dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran & pembelajaran?
Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang besar. Pelbagai kaedah baru diperkenal dan digunakan supaya pengajaran guru menjdi lebih berkesan dan pembelajaran murid jadi lebih bermakna. Sebagai seorang guru saya sentiasa mementingkan pelajar saya dalam setiap pengajaran saya. Saya akan memastikan pelajar saya tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka walau di mana sahaja mereka berada.
ICT merupakan salah satu platform yang sesuai dalam merealisasikan harapan saya dalam melahirkan modal insan yang mampu menempuhi cabaran yang getir dalam era globalisasi ini. Tambahan pula ICT merupakan salah satu anjakan yang ke 7 dalam PPPM .Bagi merealisasikannya maka sebagai pendidik kita perlulah mengunakan pelbagai strategi bagi menarik perhatian pelajar termasuklah penggunaan sumber, yang mana sumber ini termasuklah penggunaan pelbagai media pendidikan. Bagi pihak saya, saya lebih selesa mengunakan komputer dan platform yang telah disediakan oleh kerajaan iaitu FROG VLE (Persekitaran Pembelajaran Maya) kerana platform ini mudah, ringkas dan sangat berkesan.
GS: Bagaimana dengan sokongan pihak tertentu terhadap apa yang sedang puan usahakan?
Sepanjang perkhidmatan saya dalam memartabatkan pengajaran dan pembelajaran saya, khasnya dalam ICT sudah pastinya saya mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada pihak JPN, PPD dan khasnya Ketua Jabatan saya. Kini tumpuan sepenuhnya saya kepada PdP menggunakan platform yang disediakan sebagai “tool” dalam pengajaran dan pembelajaran saya di bilik darjah.
GS: Apakah jaringan dan sokongan luar dalam usaha mencapai matlamat?.
Membantu sekolah-sekolah dalam dan luar daerah dalam pemantaptan FROG VLE dalam PdP. Terkini pada 12 Februari 2015 dianjurkan satu lawatan mentor mentee oleh SMK Dato Ahmad Lenggong Perak. Dalam memastikan matlamat saya tercapai, pada tahun 2015 ini saya telah mengadakan koloborasi dengan beberapa buah sekolah di Daerah Kinta Utara bagi aktiviti VLE ini mulai 2 April, 9 April dan 16 April 2015.
GS: Apakah cabaran utama dalam mengimplementasi inovasi ICT ke dalam bilik darjah?
Setakat ini tiada cabaran yang sukar untuk saya tangani, memandangkan prasarana yang disediakan di sekolah saya agak mencukupi dan terkini.
GS: Apakah pengalaman yang memberi kesan yang besar kepada puan sepanjang berkhidmat?
Pengalaman yang sangat-sangat memberikan kesan apabila seorang pelajar menghantar satu pesanan ringkas pada saya… Cikgu terima kasih kerana telah mendidik saya, tanpa dorongan dan sokongan cikgu saya tidak mungkin berjaya hingga kini.Sehingga kini bekas pelajar saya masih menghubungi saya walau pun di mana sahaja mereka berada, termasuklah di Sarawak.
GS: Apakah sasaran atau harapan puan yang masih belum tercapai?
Saya ingin menghasilkan satu kajian atau kertas kerja tentang segelintir guru dan pendidik yang masih menolak teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka dengan alasan pengajaran trasdional lebih efektif daripada berbantukan komputer. Pesanan saya kepada semua guru yang di luar sana, pelajar bukanlah barangan atau objek yang boleh kita pandang remeh seperti barangan keluaran kilang.
Diibaratkan barangan yang tersilap dihasilkan di kilang kita masih boleh adunkan semula tetapi jika pelajar kita tersilap didik dan adun… apakah mereka ini boleh kita buang?... Ini adalah kerana tersilapnya kita mendidik mereka maka kita merupakan salah satu penyumbang besar kepada masyarakat dalam melahirkan modal insan yang tidak berkualiti. Apakah ini yang kita mahukan, kerana modal insan itu termasuklah anak-anak kita.
Sememangnya kita hanya bersama mereka 6 hingga 7 jam sahaja, tetapi ini bukan alasan untuk kita mengelak daripada memikul tanggungjawab besar ke arah modal insan yang intelek, berkualiti dan seimbang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.
GS: Terima kasih puan, kami harapkan semoga puan terus maju jaya dalam bidang yang