Posted by : Cikgu Siber Sabtu, 18 April 2015


Dalam bahagian pengenalan saya menghuraikan beberapa faktor kritikal latihan seperti tahap literasi ICT guru serta motivasi mereka menggunakan platform ini. Umum sedia maklum Frog VLE telah lama diperkenalkan kepada warga pendidik sejak 2012 lagi. Dengan kesediaan anda membaca 8 artikel yang bakal disiarkan ini, terbukti anda mempunyai minat yang tinggi untuk menyelami pengetahunan mengenai platform pendidikan ini. Untuk memantapkan lagi pengetahuan anda mengenai pada bab ini saya akan terangkan duhulu apa yang dimaksudkan dengan persekitaran pembelajaran maya (VLE)

KONSEP PERTAMA: VLE SEBAGAI SEBUAH PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KOMPLEKS

Takrifan VLE merujuk kepada platform berasaskan web bagi sesebuah pembelajaran yang dikendalikan oleh institusi pendidikan. VLE biasanya menyokong struktur kursus dan mengurus organisasi pendidikan dengan pelbagai kohot, kumpulan dan peranan, menyediakan interaksi dan garapan aktiviti menerusinya. Ianya juga menyediakan beberapa peringkat ujian, laporan pencapaian pelajar dengan mengintegrasi dengan sistem utama sesebuah intitusi pendidikan tersebut.  (Wikipedia)

Dalam bahasa mudah VLE merupakan satu platform digital yang digunakan oleh institusi pendidikan seperti universiti, kolej atau sekolah untuk tujuan pembelajaran. Dalam konteks kita hari ini Frog VLE merupakan sebuah VLE yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi vendor YTL Communications menerusi anak syarikatnya Frogasia. 

Tentu sebelum ini anda pernah mendengar mengenai e-learning. Apa pula e-learning dan apa bezanya dengan VLE yang kita bicarakan? Untuk makluman, e-learning merupakan istilah umum merujuk kepada pendekatan penggunaan teknologi elektronik untuk pendidikan. Manakala VLE merupakan sebahagian daripada e-learning. Terdapat beberapa lagi teknolologi e-learning yang wujud seperti technology-enhanced learning (TEL) computer-assisted instruction/computer-aided instruction (CAI), internet-based training (IBT), flexible learning, web-based training (WBT), m-learning dan sebagainya. 

Lazimnya VLE dikenali dengan karakteristik yang berikut:

1. Menyokong sulibus pembelajaran atau kursus.
2. Gabungan media pembelajaran seperti teks, audio, video, slaid dan sebagainya. 
3. Saluran maklumat daripada pihak pentadbiran.
4. Menyokong pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran bila bila masa dan dimana-mana jua. 
5. Penilaian kendiri dijana secara automasi
6. Sumber pembelajaran tambahan atau pautan ke sumber-sumber tertentu
7. Meyokong media komunikasi seperti email, laman perbincangan, ruang chat antara pelajar-pelajar dan guru-pelajar.


Melihat nama Frog dengan VLE pada hujungnya sudah pasti sistem ini merupakan sebuah e-learning berkonsepkan VLE. Dalam konteks penggunaan di Malaysia, Frog VLE merupakan satu kemudahan yang disediakan sebagai pilihan kepada guru untuk memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Frog digunakan sekolah untuk menyalurkan maklumat-maklumat terkini sekolah dan guru-guru boleh memanfaatkan sistem ini untuk membina bahan pengajaran. Pelajar dapat menggunakan sistem ini sebagai satu platform dengan pelbagai sumber pendidikan.

Frog VLE merupakan satu sistem yang menyeluruh dan kompleks meliputi pentadbiran serta kostumasi bahan pengajaran. Ianya menghubungkan seluruhan yang berada didalam persekitaran pendidikan itu sendiri termasuk kementerian, jabatan, pentadbir, guru, staf,pelajar dan ibubapa. Ianya mempunyai kaedah tertentu untuk berkomunikasi, membina bahan pembelajaran, berkongsi bahan pembelajaran dan mendapatkan bahan pengajaran dari pelbagai sumber.

Pokoknya, Frog VLE merupakan satu persekitaran dengan penglibatan komuniti yang besar menyokong keperluan guru dan pelajar dalam pembelajaran di sekolah. Bahagian seterusnya akan menerangkan mengenai persekitaran besar Frog VLE. Nantikan..






Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -