- Back to Home »
- dari meja blogger »
- Android vs iOS
Posted by : Cikgu Siber
Khamis, 16 April 2015
Seorang sahabat bertanyakan pendapat mengenai peranti mana yang sesuai dengan beliau. Beliau meminati peranti Apple dan mempunyai bajet mencukupi untuk mendapatkannya.
Ujar kepadanya, saya bukanlah seorang pakar yang sentiasa mengikuti perkembangan kedua-dua platform ini secara dekat, secara biasa-biasa sahaja. Namun, bermazhabkan iOS saya sentiasa mengikuti program Apple Keynote, iaitu sebuah sidang memperkenalkan produk-produk baru Apple atas talian, sanggup menunggu jam 1 pagi setiapkali acara berlangsung secara langsung. Saya menggunakan platform iOS sejak 2011 lagi menerusi sebuah iPod Touch. Pernah juga menggunakan Android, namun saya rasakan ianya tidak serasi dengan jiwa dan raga.

Tulisan saya kali ini lebih kepada perbandingan umum dan tidak membandingkan secara terperinci mengenai kedua-dua perisian sistem pengoperasian peranti pintar ini. Mungkin video dibawah dapat membantu anda memahami serba sedikit mengenai Android dan iOS.
Android vs iOS
Android semakin berkembang pesat akibat persaingan sesama mereka. Apple tidak terlalu ghairah kerana dia tahu dia tidak bersaing dengan sesiapa. Akibat persaingan sengit pengeluar-pengeluar telefon pintar Android, serta permintaaan kepada peranti berspesifikasi rendah, mereka berjaya mengeluar lebih 1 billion peranti pada tahun 2014 sahaja, manakala pengguna iOS hanya mencecah 1 billion keseluruhan pengguna pada 22 November 2014.
Falsafah disebalik Android untuk hasilkan mobile OS untuk semua dan bebas untuk dikostumasi. Manakala Apple lebih kepada falsafah tradisi mereka sendiri, kerana percaya dengan produk yang agronomik, misalnya bagi iPhone, dahulunya skrin 4 inci dikatakan begitu mudah dikendalikan. Mereka juga perkenalkan butang fizikal mute, kepala charger yang tidak memerlukan anda meneropong lubang setiapkali cas, kamera 8mp yang katanya paling sesuai untuk perkitaran sosial kerana tidak terlalu besar untuk dikongsi menerusi IM (Whatsapp, Telegram, Line) dan laman social (Facebook, Instagram), Namun mereka meningkatkan kualiti optikal, begitu juga video. Mereka juga tidak membuka sepenuhnya sumber kod sistem kepada pembangun atas alasan keselamatan dan mempunyai cara operasi sistem pengurusan data tersendiri menerusi iTunes.
Peranti pintar Android dilihat lebih kedepan dengan pengenalan pilihan spesifikasi yang tinggi serta sistem optikal yang semakin baik, begitu juga perisian yang semakin cemerlang serta inovasi baru pada skrin. Ini untuk memenangi hati pengguna untuk mendapatkan produk mereka kerana terdapat lebih 30 syarikat yang menawarkan peranti yang dijana Android di pasaran. Masalah utama Aindroid adalah kemaskinian terkini. Bagi individu tertentu yang tech-mad, kemaskinian yang agak lambat sampai walaupun telah dilancarkan berbulan-bulan amat mengganggu ketenangan jiwa.
IPhone seringkali dikritik kerana menawarkan spesifikasi yang rendah pada harga yang agak tinggi. Namun, perlu diketahuhi iOS merupakan satu mobile OS yang begitu canggih dengan keupayaan optimasi yang tinggi. Ia tidak memerlukan keupayaan RAM dan pemproses yang begitu tinggi untuk kelancaran. Kebanyakan permainan dan aplikasi yang sama ditawarkan di Android adalah lebih lancar dan cemerlang di iOS. Terdapat juga perisian yang menarik yang tidak ada pada Android seperti iMovie, Waterlogue, Timeful, Checkmark 2 dan banyak lagi. Persekitaran dalaman dan aplikasi terbina iOS juga begitu menarik dan sentiasa diperkenalkan inovasi-inovasi terkini.
Apple dilihat meng’kura-kura’kan diri mereka kerana percaya apa sahaja produk baru yang ditawarkan permintaan amat tinggi walaupun mahal. Ini strategi mereka dalam perniagaan. Dari segi harga, produk Android memang berbaloi untuk dimiliki dan anda mempunyai banyak pilihan jenama. Xiomi dan One Plus misalnya merupakan jenama yang semakin berkembang dengan menawarkan spec yang tinggi dengan harga yang sukar dipercayai.
Mana satu pilihan anda?
Kedua-dua platform mempunyai kelebihan masing-masing, Dari segi penawaran aplikasi dari pembangun bagi kedua-dua platform amat menggalakan dan setara. Masih lagi dalam dilema iOS atau Android, nasihat saya, jika anda kurang arif dengan pengendalian perisian janganlah memilih iOS, anda mungkin akan bermasalah untuk menghubungkan peranti untuk memasukan video dan sebarang fail dari PC/laptop.
Penurunan mata wang ringgit sekarang menyebabkan harga peranti Apple melonjak kira-kira 8-10% lebih mahal berbanding harga akhir yang ditawarkan pada Mac. Bagi yang ingin mendapatkan iPhone, untuk makluman mereka mempunyai kitaran produk mereka sediri dimana setiap kali September mereka akan melancarkan produk baru. Seterusnya produk akan memasuki pasaran tempatan dalam bulan November. Mungkin laman ini dapat membantu anda membuat keputusan dalam proses pembelian. Klik http://buyersguide.macrumors.com/
iPhone 6S dan 6S plus bakal dilancarkan dengan mengekalkan rekabentuk yang sama, namun mereka mungkin menaiktaraf skrin dengan teknologi Force Touch, pemproses A9, RAM kepada 2G, serta naiktaraf optik kamera setanding kamera DSLR. Disamping kemaskini iOS 9 ada juga ura-ura mereka akan menawarkan iPhone 6c dengan skrin 4 inci untuk keselesaan pengendalian sebelah tangan.
Untuk mendapatkan peranti Android pendapat saya dapatkan jenama utama dan terkenal walaupun mahal. Samsung dan HTC masih lagi pilihan terbaik, Oppo pula terkenal denga inovasi kamera putar serta binaan peranti yang kemas. Anda akan merasakan kelainannya jika anda menggunakan telefon dengan spec yang sama dari jenama utama berbanding jenama lain seperti ASUS, Lenovo dan sebagainya.
Namun, saya lebih menyarankan anda memilih peranti yang menjalankan Android bergenetikkan Vanilla seperti Motorola dan Goolge Nexus. Ini kerana kemaskinian yang ditawarkan begitu pantas. Vanilla bermaksud Android versi asal tanpa kostumasi daripada pihak pengeluar. Oleh itu OS lebih ringan dan rensponsif.
Bagaimana pula dengan peranti lain seperti Windows Phone dan Blacberry? Pengenalan Windows 10 pada tahun ini dengan konsep platform untuk semua sehingga peranti sekecil peranti 4 inci mungkin menarik minat pengguna kepada Window Phone. Produk Lumia juga amat terkenal dengan kecantikan optik kemeranya. Blackberry juga mempunyai peminatnya sendiri terutamanya golongan profesional.
Kesimpulannya, dengan komuniti yang besar ditambah dengan sokongan syarikat terbesar dunia Google, Android akan bergerak dengan lebih pantas seiring penawaran spesifikasi yang lebih baik. Apple pula terus berpegang kepada kepercayaan tradisi dan komited dengan inovasi mesra manusia dan penawaran perisian yang semakin baik.
Kalau setakat menggunakan telefon pintar untuk mesej dan telefon, 3310 sudah memadai, haha... Tepuk dada tanya selera, seluk poket keluar rama-rama.