- Back to Home »
- perkongsian , sumber pembelajaran »
- 18 minit di TED
Posted by : Cikgu Siber
Rabu, 25 Mac 2015
Pada November 2012 lalu, TED mengumumkan video di laman web mereka mereka telah ditonton oleh 1 billion penduduk dunia. Apa itu TED. Tentu anda pernah mendengarnya. TED bukanlah jenama baru, ianya wujud sejak 1984 lagi. Produk kelahiran Silicon Valley ini menawarkan perkongsian ilmu yang matang dari tokoh-tokoh terkemuka dunia dalam pelbagai bidang.
TED merupakan persidangan global dianjurkan oleh Sapling Foundation menfokuskan rangkuman yang luas berkaitan kajian tertentu, disiplin sains dan budaya melalui perkongsian pengalaman. Ianya akan dipancarkan secara live steaming semasa persidangan dan anda boleh mengikuti video rakaman di ted.com. Mereka memperuntukan kira-kira maksima 18 minit masa bagi setiap peserta.
TED pernah membawakan nama-nama besar dalam persidangannya seperti Bill Clinton, Jane Goodall, Malcolm Gladwell, Al Gore, Gordon Brown, Richard Dawkins, Richard Stallman, Bill Gates, Bono, Mike Rowe, Larry Page and Sergey Brin dan ramai pemenang-pemenang hadiah novel. Dengan slogan Ideas worth spreading TED akan terus memberi komitmen dalam perkongsian pengetahuan merentasi sempadan negara dan fahaman politik.
TED Ed