- Back to Home »
- liga remaja kreatif »
- LRK2015 - Panduan Produksi Video (Bahagian 3)
Posted by : Cikgu Siber
Selasa, 24 Mac 2015
Bahagian rakaman merupakan akspek terpenting yang menentukan kualiti karya anda. Disini saya akan menerangkan secara ringkas mengenai mengenai proses rakaman, teknik pengendalian kamera serta komposisi.
PROSES RAKAMAN
Pada bahagian 1 anda telah didedahkan dengan teknik menghasilkan papan cerita. Papan cerita yang dicoret akan diterjemah ke dalam bentuk sebenar. Oleh itu amat penting sebuah papan cerita yang jelas. Berpandukan papan cerita tersebut mulalah dengan proses rakaman pertama anda.
Ramalan Cuaca
Untuk rakaman luar, sebagai langkah mula rakaman (syot) anda harus melihat ramalan cuaca terlebih dahulu. Lihat juga pola cuaca 3 hari sebelumnya. Kedua, jika rakaman mungkin mengambil masa yang panjang elakkan melakukan rakaman pada lewat petang. Ia dikhuatiri pencahayaan dalam setiap babak tidak konsisten. Waktu sebelum tengah hari, walaupun panas merupakan masa yang terbaik untuk sebarang rakaman.
Peralatan & Prop lengkap
Pastikan segala peralatan rakaman anda lengkap dan prop bersedia. Sila pastikan semua peralatan dibawa ke set penggambaran. Dan jangan lupa, bateri hendaklah penuh. Bagi rakaman sehari suntuk melibatkan DSLR anda wajib memiliki bateri tambahan kerana bateri DSLR yang digunakan untuk tujuan videografi akan cepat haus. Bawa juga pengecas bersama. Bawa juga alat pelindung untuk peralatan anda seperti payong dan beg plastik sampah jika berlakukannya hujan.
Fokus & Objektif
Pengarah berperanan menentukan babak mana yang perlu dibereskan dulu dan jika melibatkan pelakon dari luar kumpulan atau melibatkan individu tertentu untuk ditemubual, pastikan anda menghubungi mereka agar proses rakaman menjadi lancar. Pastikan setiap ahli kumpulan memainkan peranan masing-masing. Masa perlu diuruskan dengan betul untuk mengelakkan anda penat dan dapat menjejaskan kualiti rakaman dan kreativiti.
Clapperboard
Clapperboard selalu digunakan untuk projek filem yang besar untuk memudahkan proses suntingan melibatkan perjituan gambar dan suara kerana mereka merakam gambar dan suara menggunakan peralatan yang berasingan. Selain itu, ia juga memaparkan maklumat babak apabila untuk untuk fasa suntingan. Untuk produksi pelajar, adakah menggunakan Clapperboard hanyalah gaya? Bagi projek videografi pelajar, saya cadangkan anda menghasilkan sendiri dengan menggunakan kertas dan diliminasi dengan plastik. Menggunakan whiteboard marker, anda boleh melakar nombor babak dan memadamnya dengan mudah.
Ambil hanya shot terbaik
Dalam melakukan rakaman,ada beberapa aksi yang tidak menjadi. Adakah anda akan memadam atau menyimpan rakaman tadi? Berdasarkan pengalaman saya, untuk menghasilkan karya dengan pantas dan lancar, janganlah disimpan video yang tidak menjadi. Footage yang begitu banyak akan menyukarkan proses pemilihan semasa proses suntingan nanti. Tambahan pula anda hanya menggunakan komputer yang berspesifikasi rendah.
TEKNIK KAMERA
Teknik kamera yang baik akan memberi nyawa kepada sesebuah karya. Untuk mengkajinya anda boleh melihat contoh-contoh tutorial di Youtube.
Jenis Syot
Close Up - Digunakan untuk mengambil aksi yang terperinci dan bermakna untuk penceritaan.
Long Shot - Memaparkan peristiwa, aksi atau langskap dari jarak jauh.
Medium Shot - Syot diantara Close Up dan Long Shot/berjarak sederhana.
Pergerakan Syot
Pergrakan kamera amat penting dalam menghidupkan mood sesuatu karya. Pergerakan yang lancar dan bersudut sukar lebih enak dinikmati berbanding syot yang biasa. Namun ia bergantung kepada tahap kelajuan cerita dan releven pergerakan terhadap mood cerita. Saya senaraikan beberapa istilah dan jenis pergerakan syot yang mungkin boleh anda cuba.
Pan - Merupakan syot yang bergerak secara mendatar, dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri. Ia boleh digunakan untuk memaparkan objek dan hubungan dengan persekitaran. Selain itu ia juga boleh merakam seorang demi seorang watak.
Tilt - Pergerakkan kamera dari atas ke bawah. Gunakan jika hendak memaparkan bangunan yang tinngi ataupun memapakan tubuh seseorang dari bawah ke atas.
Zoom - Pergerakkan ini membawa anda lebih rapat dengan objek. Pergerakan ini memberi mood dan perasaan kepada objek.
Reverse Zoom - Pergerakan ini membawa anda menjauhi objek. Pergerakaan ini memaparkan objek dan hubungannya dengan persekitaran sekeliling.
Camera Angle - Sudut kamera amat penting untuk memberi kesan cara penonton melihat subjek. Sudut yang sukar menggambarkan usaha anda merakam sesuatu babak. Antara sudut yang biasa adalah seperti high-angle shot, low-angle shot, a bird's-eye view dan worm's-eye view. Dibawah dipaparkan sudut kamera yang amat menggagumkan.
Jib & Drone
Memiliki jib merupakan satu kelebihan kerana anda dapat merakamkan filem dari sudut yang sukar dengan bergaya, dengan pergerakan tilt dan pan tanpa sebarang gegaran. Drone juga mampu memberikan sudut yang menggagumkan, namun harganya agak mahal. Anda juga boleh menghasilkan DIY Dolly dan jangan lupa Sand Bag. Sand bag (beg berisi pasir) amat berguna sebagai penstabil kamera jika anda hendak letakkan di sudut yang tidak rata. Ambil saja bantal adik anda, buang kekabu dan isikan pasir (pastikan buat dengan muka tak bersalah, hahaha)
Terlalu banyak terma teknikal untuk membincangkan dari aspek teknik dan komposisi. Sebagai pelajar, saya cadangkan anda melihat, mengkaji dan meniru beberapa teknik yang digunakan dalam penerbitan filem, drama dan sebagainya.
Jib & Drone
Memiliki jib merupakan satu kelebihan kerana anda dapat merakamkan filem dari sudut yang sukar dengan bergaya, dengan pergerakan tilt dan pan tanpa sebarang gegaran. Drone juga mampu memberikan sudut yang menggagumkan, namun harganya agak mahal. Anda juga boleh menghasilkan DIY Dolly dan jangan lupa Sand Bag. Sand bag (beg berisi pasir) amat berguna sebagai penstabil kamera jika anda hendak letakkan di sudut yang tidak rata. Ambil saja bantal adik anda, buang kekabu dan isikan pasir (pastikan buat dengan muka tak bersalah, hahaha)
Bahagian 1- Pengenalan & asas penulisan papan cerita
Bahagian 2 - Pemilihan alat rakaman
Bahagian 4 - Perisian Penyuntingan - Mana satukah pilihan anda?
Nantikan
Bahagian 5 - Penerbitan, hak cipta dan pematuhan undang-undang
Sebarang penyalinan artikel ini hendaklah dikreditkan kembali ke blog ini. Terima kasih kerana berkunjung ke sini.