- Back to Home »
- vle »
- Frog VLE - Pengenalan
Posted by : Cikgu Siber
Khamis, 15 Januari 2015
Menurut mereka, persekitaran yang cuba diwujudkan bersifat menyeluruh, melibatkan pelajar, guru, pentadbiran sekolah, kementerian serta ibubapa. Platform dibuka dengan skala yang besar dengan menyediakan aplikasi yang sentiasa dipertingkatkan untuk menyokong keperluan semasa pendidikan di Malaysia.
Frog VLE melalui syarikatnya Frogtrade Ltd berasal daripada United Kingdom. Ia ditubuhkan pada tahun 1999. Idea asalnya dibangunkan untuk menghubungkan industri tekstil dengan pelbagai industri lain. Mereka kini mereka mengubah hala perniagaan dengan menumpukan kepada pembangunan platform pembelajaran maya. Kini Frogtrade Ltd sebahagian daripada YTL Corp milik Malaysia.
Menurut laman web rasmi Frogasia, Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang memenangi anugerah dan mudah digunakan. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 14 tahun,ia direka khas untuk pelbagai peringkat pengguna.

Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.
FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan para pendidik dan pertubuhan-pertubuhan pendidikan tempatan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang relevan dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberikan kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah baik sekolah secara keseluruhannya.
Pada tahun ini agenda mempromosi penggunaan sistem pembelajaran ini akan terus diperhebatkan dan sudah tentu pihak KPM mengambil serius mengenai laporan penggunaan yang amat mengecewakan sejak akhir-akhir ini.