- Back to Home »
- keselamatan siber »
- Mari Uji P@55word anda
Posted by : bestari semesta
Ahad, 18 Januari 2015
Ramai yang mengambil mudah untuk mencipta katalaluan (password) yang baik. Akibat kekurangan pendedahan atau keperluan spontan sewaktu melakukan pendaftaran akaun menjurus kita memilih apa sahaja frasa untuk dijadikan katalaluan. Ada yang memilih tarikh lahir, nombor pendaftaran kenderaan dan ada pula memilih nombor atau huruf yang berturutan seperti 123456 ataupun abc123.
Menurut Google dalam kajiannya, katalaluan yang paling popular yang digunakan oleh masyarakat dunia yang pertama adalah nama haiwan peliharaan, kedua tarikh yang bermakna seperti tarikh ulangtahun perkahwinan dan yang ketiga tarikh lahir. Dalam dunia koperat pula, menurut Trustwave, sebuah syarikat keselamatan internet mendedahkan katalaluan yang paling banyak digunakan adalah password1.
Berikut merupakan ranking katalaluan yang selalu digunakan oleh komuniti siber:
1. password
2. 123456
3. 12345678
4. abc123
5. qwerty
6. monkey
Melihat katalaluan diatas, amat mudah untuk sesiapa meneka. Sebenarnya, kecuaian dalam menguruskan katalaluan mendedahkan kita dengan jenayah kecurian maklumat serta pencerobohan. Penjenayah akan menggunakan apa sahaja cara, termasuk perisian pemecah katalaluan untuk menggunakan maklumat anda.
Statistik yang dikeluarkan oleh NorSIS Password Survey 2012, 74% responden menggunakan katalaluan yang sama untuk sistem yang berbeza. Menggunakan katalaluan yang sama untuk semua perkhidmatan memang memudahkan kita untuk ingat. Namun, kata laluan yang dipilih mestilah baik dan selamat. Jika tidak anda akan ditimpa malang yang berganda.
Bagaimana mahu memilih katalaluan yang selamat? Kebanyakan sistem pendaftaran akaun masa kini akan menganalisis sama ada katalaluan yang kita pilih selamat ataupun tidak. Syarikat pembankan atas talian pula kini mewajibkan pengguna memilih katalaluan yang terdiri daripada beberapa elemen. Satu katalaluan yang baik mestilah:
-Terdiri lebih daripada 8 aksara.
-Terdiri daripada gabungan aksara kecil, aksara besar, nombor serta simbol.
-Bukan berinspirasikan tarikh penting kehidupan peribadi anda
Anda juga tidak digalakkan mencatat mana mana katalaluan pada kertas atau catatan pada gajet. Untuk menyemak kekuatan katalaluan anda, apa kata kita uji menggunakan alat berikut.
(Amaran: Sila pastikan anda menguji katalaluan di website yang diyakini sahaja, boleh jadi ianya perangkap maut anda)
Jika katalaluan anda lemah anda dinasihatkan segera menukarnya pada tetapan (setting) sesuatu akaun. Namun, pastikan anda mampu mengingati katalaluan yang baru tersebut. Jika anda menggunakan sistem yang sensitif serta menggunakan katalaluan yang terlalu kompleks anda boleh mandapatkan beberapa perisian pengurusan katalaluan yang terdapat di pasaran untuk tujuan tersebut.
SEBARANG PENYALINAN ATAU PENYIARAN ARTIKEL DARI BLOG INI ADALAH DIBENARKAN DENGAN SYARAT HENDAKLAH DIKREDITKAN ATAS NAMA BESTARIPROJECT SERTA PAUT KEMBALI KE HALAMAN INI.