- Back to Home »
- berita , keselamatan siber »
- Malaysia perlu main peranan tangani jenayah siber
Posted by : bestari semesta
Rabu, 16 April 2014
KUALA LUMPUR - Malaysia perlu memainkan peranan penting untuk menangani jenayah siber di rantau Asia Tenggara seiring dengan tugasnya sebagai Pengerusi Asean pada 2015, kata Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.
Beliau berkata, oleh kerana keselamatan siber merupakan isu yang sedang dikongsi bersama-sama negara-negara di rantau ini, Malaysia perlu mengambil kesempatan ini untuk mengetuai dan membincangkan isu berkenaan.
"Kami mengetahui bahawa dalam Asean, tidak ada organisasi yang mengendalikan isu ini.
Antara persoalan yang dibangkitkan ialah sama ada terdapat kekurangan penyelarasan dan kepimpinan antara negara-negara berkenaan.
"Jurang perbezaan antara negara-negara sangat jelas, jadi mereka yang mempunyai kepakaran perlu menerajuinya," katanya kepada Bernama selepas ucapan penutup pada Persidangan Keselamatan Siber sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 di sini hari ini.
Beliau berkata, untuk memerangi jenayah siber, kerjasama antara pihak berkuasa negara-negara Asean sangat diperlukan dan rantau ini boleh menjadi platform untuk memulakan inisiatif berkenaan. - Bernama