Posted by : bestari semesta Jumaat, 2 Mei 2014


"Sasbadi i-Learn merupakan sebuah platform pembelajaran online yang bernilai dan juga pintar dalam memanipulasi psikologi pengguna dengan mendorong mereka untuk belajar dan terus belajar."



Sasbadi merupakan satu syarikat unggul dalam penerbitan buku-buku rujukan pelajar dan buku-buku ilmiah. Seiring dengan perkembangan dunia ICT mereka mengorak langkah membina beberapa aplikasi pembelajaran online untuk pelajar pelajar di Malaysia menerusi Sasbadi Online . Antara produk mereka yang terkenal adalah Sasbadi i-Learn. Dibangunkan menggunakan aplikasi terkini HTML5 ianya menjanjikan pengalaman pelayaran yang lancar dan menyeronokan. Sasbadi i-Learn juga telah dipilih sebagai platform pengajaran bagi program Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M).


Menggunakan pengalamannya dalam penerbitan, Sasbadi i-Learn menawarkan pelbagai ciri yang menarik. Antaranya, nota yang dibekalkan begitu efektif, berkualiti serta mengikut silibus semasa. Nota rujukan yang dibekalkan boleh pula diperkayakan lagi dengan fungsi sticker. Pada aplikasi NOTA anda boleh 'melekatkan' teks, gambar dan video tambahan pada nota yang diberikan. Menarik bukan. Selain itu, pelajar dapat memantap pemahaman dengan menjawab soalan pada fungsi  ujian segera.


Fungsi PELAJARAN membenarkan pelajar merekabentuk pelajaran kendiri. Mereka boleh memasukan pelbagai elemen multimedia kedalam nota peta minda digital. Peta minda yang siap dibina boleh dirujuk pada bila-bila masa dan boleh pula dikongsi dengan rakan-rakan i-Learn. Pengguna boleh ke fungsi Pelajaran Kreatif Rakan i-Learn untuk melihat beribu peta minda digital yang telah dihasilkan.



Fungsi PENILAIAN pula membolehkan pelajar melakukan penilaian kendiri daripada soalan-soalan sebenar peperiksaan dan soalan soalan yang menepati piawai/standard peperiksaan. Lebih 100,000 soalan dibekalkan dan pengguna dengan mudah dapat mengetahui prestasi mereka. Pelajar juga dapat memilih aras kesukaran. Namun, ianya terhad kepada soalan objektif aneka pilihan sahaja. Sistem ini belum lagi menyokong soalan subjektif/esei.



Untuk mengenalpasti prestasi semasa pengguna/pelajar, fungsi KEMAJUAN diperkenalkan. Mereka boleh mengenalpasti kelemahan diri dan mengukurnya dalam data yang mudah difahami. Kad laporan digital ini boleh diakses oleh ibubapa untuk pemantauan. Selain itu, portal ini juga dapat diakses menggunakan telefon pintar tanpa sebarang masalah. Kami melakukan ujian dengan menggunakan beberapa peranti mobile untuk melayari platform ini. ternyata ianya amat lancar tanpa sebarang gangguan.


Antara elemen utama yang membezakan platform ini dengan platform pembelajaran maya lain adalah motivasi. Pengguna akan 'diajak' menggunakan aplikasi pembelajaran dengan fungsi permainan interaktif yang menarik. Pengguna akan mengumpul sebanyakmana token dengan menjawab soalan dalam i-Learn. Semua ini ada didalam fungsi GANJARAN.

Sasbadi i-Learn telah dikolaborasikan dengan pengguna-pengguna lain  dalam Malaysia. Pengguna dapat berinteraksi dan berkongsi ilmu pengetahuan sesama mereka. Mereka juga boleh melihat ranking mereka dalam rangkaian. Ianya menyediakan fungsi sepertimana laman sosial tetapi dengan fungsi yang minima. Harga yang ditawarkan bagi satu akaun adalah RM250 (tertakluk kepada perubahan). Bagi UPSR semua subjek teras ditawarkan. Manakala bagi PMR dan SPM subjek yang ditawarkan adalah Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Geografi.


Akhirnya, kami dapat rumuskan Sasbadi i-Learn merupakan sebuah platform pembelajaran online yang bernilai dan juga pintar dalam memanipulasi psikologi pengguna dengan mendorong mereka untuk belajar dan terus belajar. Kualiti yang ditunjukkan dalam persembahan interaktif serta kandungannya meletakkan sasbadi terus kehadapan sebagai peneraju sumber pendidikan di Malaysia. 




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -