- Back to Home »
- perkongsian »
- Bootcamp e-Aspirasi National Hackaton (Wilayah Utara-Tengah)
Posted by : Cikgu Siber
Selasa, 31 Mei 2016
Pada 28-30 Mei teman mengiringi 10 pelajar ke program e-Aspirasi National Hackaton (Wilayah Utara-Tengah) 2016 di MRSM Taiping. Program jangka panjang ini adalah dibawah inisiatif e-Aspirasi Immersion Programme 2016 oleh MDEC dengan kerjasama KPM. Inisitif ini bertujuan mencungkil bakat para peserta seluruh negara dengan matlamat untuk melahirkan usahawan teknologi suatu hari nanti.
Program secara bootcamp di MRSM Taiping dijalankan selama 3 hari dikendali sepenuhnya oleh Chumbaka, sebuah syarikat pendidikan yang memberi fokus kepada teknologi bersama beberapa sukarelawan dari kalangan siswa universiti. Sepanjang 3 hari disana pelajar didedahkan dengan teknik pembangunan app menerusi modul yang disediakan, menggunakan aplisikasi App Inventor dari MIT. Mereka diajar untuk membangunkan sebuah app ringkas dan diberi cabaran untuk menghasilkan app mereka sendiri. Setiap app yang dihasilkan akan dinilai, seterusnya sepuluh app terbaik akan dipertandingkan pada hari terakhir.
Selain asas pengaturcaraan menerusi pembangunan app, peserta juga diberi pendedahan teknik untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Pelajar juga diberi inspirasi dengan satu sesi keynote khas dari tetamu jemputan pada majlis penutup. Dalam pengumuman perasmiaan penutup, menariknya apabila diumumkan, beberapa pelajar akan dipilih (daripada 500 peserta seluruh negara) untuk terbang ke satu sesi lawatan pendidikan ke Silicon Valley, Amerika Syarikat pada Februari 2017. Alahkah bertuahnya sipulan yang terpilih...