Posted by : Cikgu Siber Ahad, 28 Februari 2016


Berita baik buat pelajar yang berminat untuk menyertai Kangaroo Math Competition (KMC) edisi Malaysia tahun 2016. Tarikh akhir pertandingan yang sepatutnya tamat pada 27hb kini ditangguhkan ke 7hb Mac untuk memberi peluang kepada lebih ramai penyertaan.

Kangaroo Math Competition (KMC) merupakan pertandingan matematik terbesar dunia disertai oleh lebih 6 juta pelajar dari 68 buah negara. Selain pertandingan secara dalaman, cabaran versi Malaysia kali keempat ini dirancang hadir dengan pelbagai aktiviti sampingan buat guru dan juga pelajar seperti program jelajah, bengkel serta persidangan. 

Pertandingan ini perlu diadakan di sekolah pada 24 Mac 2016 (K-day) dengan bantuan guru penyelaras yang menguruskan pendaftaran peserta. Pihak penganjur akan menghantar set soalan untuk diurus selia oleh guru tersebut. 

Pingat emas, perak , gangsa akan diberikan kepada pemenang (berdasarkan julat markah) yang akan diumumkan penganjur kelak setelah selesai semakan. Untuk rekod, pada tahun lepas seramai 26,136 pelajar menyertai pertandingan ini dengan seramai 2356 peserta memperolehi pingat.

Dapatkan maklumat lanjut di  http://www.kangaroomath.com.my/

{ 1 ulasan... read them below or add one }

  1. Semakan saya sebentar tadi web rasmi mereka tidak dapat diakses (untuk sementara) akibat data langganan web hosting mereka yng telah mencapai had.

    BalasPadam

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -