- Back to Home »
- perkongsian »
- Kejuruteraan yang mengubah masa depan dari Takaharu Tezuka
Posted by : Cikgu Siber
Selasa, 1 Disember 2015
Kreativiti dan inovasi sebenarnya mampu mengubah dunia. Perkongsian hari ini sebuah hasil kejuruteraan yang inovatif daripada pereka hebat Takaharu Tezuka yang mana telah mereka konsep dan binaan sebuah tadika yang benar-benar memahami apa itu kanak-kanak. Mereka membina tadika di Tokyo berkonsepkan schools centered on trees, dilengkapi taman permainan dengan jalinan kayu serta hospital dengan ciri pencahayaan dan ruang untuk penyembuhan.
![]() |
Fuji Kindergarten, Tokyo (Architravel) |
Video perkongsian dari TED yang diterbitkan pada September 2014 ini benar-benar memberi inspirasi kepada dunia pendidikan. Melihat komen yang ditinggalkan ternyata idea ini benar-benar hebat dan dikagumi ramai. Perkongsi beliau juga dilampirkan dengan bukti saintifik yang mana binaan yang dihasilkan sangat natural dan berkesan dalam perbentukan perwatakan kanak-kanak.
Takaharu Tezuka bersama isteri beliau Yui menubuhkan Tezuka Architects pada 1994. Misi mereka adalah untuk merekabentuk bukan hanya bangunan dengan dinding dan tingkap semata-mata, tetapi sesuatu yang sesuai didiami dengan nilai seni dalam kehidupan. Mari saksikan sebuah idea hebat yang siapa tahu mungkin suatu hari nanti dapat diimplementasikan di Malaysia.