Posted by : Cikgu Siber Rabu, 16 Disember 2015

UNITAR dengan kerjasama Google for Education menjemput para pendidik yang ingin mencari peluang bagi 'Professional Development' sebelum bermulanya sesi persekolahan untuk menyertai edCamp Malaysia yang akan berlangsung pada Sabtu, 19hb Disember.

Program yang bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada 2.30 petang ini akan dikendalikan oleh Tandemic disertai beberapa orang pendidik. Antara topik yang akan dibincangkan adalah mengenai teknologi terkini dalam pendidikan serta amalan baik menerusinya.

Menurut mereka acara ini adalah percuma dan merupakan sebuah program berkonsep 'Unconference' di mana anda akan “vote with your feet” - jika anda tidak menggemari sebuah sesi, anda boleh beranjak ke sesi lain untuk mempelajari subjek baru. 





Plan lokasi acara yang berlangsung di UNITAR International University

Setelah mendaftar anda akan diberikan tiket pengesahan penyertaan anda. Daftar segera sebelum terlambat!


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -