- Back to Home »
- perkongsian »
- Kenali SSO KPM- Aplikasi log tunggal untuk pelbagai sistem berbeza
Posted by : Cikgu Siber
Sabtu, 14 November 2015
Wujudnya pelbagai sistem yang berbeza untuk urusan pengurusan sekolah, guru dan murid membuatkan kebanyakkan guru merasa rimas. Data kadang-kadang tidak diintegrasikan dengan baik menyebabkan guru terpaksa mengulang memasukan data yang sama ke dalam sistem yang berbeza. Menyedari kelemahan yang wujud, pihak kementerian memperkenalkan SSO, satu solusi kepada ragam log masuk yang berbeza bagi pelbagai sistem sedia ada.
Sistem SSO ini dibangunkan dalam dua fasa. Fasa pertama telah bemula pada Oktober 2015 melibatkan intergrasi 13 sistem utama. Fasa 2 akan bermula pada 1 Disember melibatkan 9 lagi aplikasi lain. Untuk makluman, sistem ini telah diuji oleh 79 buah sekolah pada 20 Ogos sehingga 3 September dan penambahbaikan sistem telahpun dilakukan.
Pengenalan
Single sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem.
Objektif
Untuk membolehkan pengguna mengakses semua sistem KPM yang telah diberi kebenaran akses kepadanya dengan hanya menggunakan satu login ID dan password.
Kumpulan Pengguna
Pengguna yang diberi kebenaran untuk menggunakan kemudahan SSO adalah pengguna KPM. Senarai ini akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan. Sebagai langkah keselamatan, hanya pengguna yang berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan (no KP) sahaja akan dapat menggunakan kemudahan ini. Semua ID yang menggunakan kod sekolah, kod PPD atau kod JPN tidak akan dapat menggunakan kemudahan ini. KPM akan terus mengemaskini senarai sistem yang dibangunkan SSO dan memaklumkan pihak sekolah dari semasa ke semasa.
Dibawah kami siarkan modul manual pengguna untuk sistem ini. Semoga dengan usaha sebegini pihak KPM dapat sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban para guru.