- Back to Home »
- inovasi dan kreativiti , pengaturcaraan »
- ZERO daripada Raspberry Pi, kad kecil dengan harga hanya RM21
Posted by : Cikgu Siber
Khamis, 26 November 2015
Raspberry Pi digunakan dalam bilik darjah untuk mengajar pengaturcaraan dan rekacipta. Raspberry Pi merupakan papan komputer tunggal sebesar kad pengenalan yang berperanan sebagai sistem kawalan pemprosesan. Ianya terdiri daripada papan litar dilengkapi cip pemprosesan, port input, port output, ingatan rawak (RAM) dan juga sokongan slot untuk simpanan data.
Tujuan utama pengenalan produk dari Raspberry Pi Foundation ini adalah untuk memperkenalkan ilmu sains komputer dengan menawarkan modul kawalan yang mampu milik kepada semua. Modul Raspberry Pi 2 contohnya dijual dengan harga tidak lebih RM200 di pasaran Malaysia. Sehingga kini mereka telah berjaya menjual berjuta unit Raspberry Pi sejak diperkenalkan pada 2012.
Kad ditawarkan dengan harga USD 5 |
Walaupun harga yang ditawarkan amat murah namun masih terdapat lagi golongan yang tidak mampu mendapatkan. Menyedari hal ini mereka telah membangunkan Zero sebagai satu modul peringkat mula dengan harga yang sukar dipercayai. Dengan harga USD5 (RM21) anda kini dapat menjimatkan kos dalam pembangunan produk inovasi pertama anda.
Papan tunggal dengan saiz 65mmx30mmx5mm ini membawakan cip pemprosesan Broadcom BCM2835 1GHZ ARM11, memori RAM LPDDR2 sebesar 512MB, slot mikro-SD, sokongan mini-HDMI dengan output 1080p dan menggunaan mikro-USB untuk kuasa. Walaupun Raspberry Pi Zero ini merupakan variasi dikecilkan kuasa dan saiznya namun ia masih lagi menyokong aplikasi popular Scratch, Minecraft and Sonic Pi.
Sumber: Raspberry Pi Blog
Makasi gan sudah berbagi pengetahuan, kalau butuh raspi 2 dengan harga terjangkau kunjungi bali-electro :).
BalasPadam