- Back to Home »
- inovasi web »
- Bina peta minda menarik dengan aplikasi web Coggle
Posted by : Cikgu Siber
Rabu, 4 November 2015
Peta minda merupakan alat yang berkesan dalam pembelajaran. Pada musim peperiksaan, nota grafik peta minda menjadi pilihan memandangkan masa yang terhad untuk membaca nota yang panjang. Peta minda menjadi ringkasan yang amat berguna untuk pelajar mengingati nota dan konsep secara visual.
Peta minda dipopular penggunaan oleh Tony Buzan. Peta konsep i-Think pula yang diperkenalkan dalam pembelajaran KBAT di Malaysia merupakan satu evolusi daripada peta minda konversional ini. Terdapat begitu banyak kajian menunjukkan penggunaan peta minda dapat membantu pelajar meningkatkan daya ingatan dan membantu pelajar memahami sesuatu konsep. Contohnya Cunningham (2005) dalam kajiannya menemui 80% pelajar mengakui peta minta membantu mereka dalam memahami sesuatu konsep dalam sains.
Coggle menyediakan satu alternatif untuk membina peta minda diagram jenis ranting/cabang melalui web. Di Coggle anda dapat membina peta minda yang menarik dengan pelbagai elemen dan memuat turunnya dalam bentuk imej, pdf mahupun text outlines. Anda juga boleh berkolaborasi dan berkongsi peta minda anda menerusi laman sosial atau pemalamnya dalam web.
Untuk membantu anda menguruskan fail dengan lebih baik Coggle menawarkan fungsi Folders. Selain itu anda juga boleh mengintergrasikannya dengan Google Drive. Mereka juga menawarkan satu mode persembahan dengan memaparkan skrin penuh dan muat pada skrin, namun anda perlu membayar USD5/bulan untuk mendapatkan ciri menarik ini. Video dibawah mungkin membantu anda memahami Google dengan lebih baik.