Posted by : Cikgu Siber
Isnin, 2 November 2015
Kepada para peserta Google
Education on Air yang berlangsung secara atas talian menerusi Google+ Hangout semalam anda boleh mengikuti cara berikut untuk mendapatkan sijil pengesahan penyertaan anda.
1. Semak peti email, anda akan menerima email terima kasih daripada pihak penganjur dan 3 link diberikan. Yang pertama link untuk mendapatkan sijil penyertaan dan kedua borang maklumbalas dan ketiga untuk melihat semula video pembelajaran.
2. Pilih "Dapatkan surat penyertaan anda". Isi nama dan email anda dan kemudian masukkan kod yang diberikan para pembentang semasa penghujung sesi perkongsian. Pastikan anda memasukan kod yang betul bagi setiap sesi.
3. Setelah lengkap diisi sila tekan SUBMIT dan satu notifikasi akan muncul menyatakan pengesahan kehadiran akan dihantar ke email anda.
4. Tunggu email anda dan sijil yang lengkap dengan nama anda telah siap sedia dicetak. Tarikh akhir untuk mendapatkan sijil anda adalah sebelum 30 November 2015. Terima kasih kepada Cikgu Adilah dari SMKA Sultan Azlan Shah atas atas perkongsian.