Posted by : Cikgu Siber Khamis, 19 November 2015

Pagi tadi berlangsungnya bengkel 3D printing daripada imakerzone dan RICOH Malaysia di sekolah saya SMK Sultan Tajul Ariffin, Perak. Bengkel ringkas tajaan MDeC ini sekadar memberi pendedahan umum kepada pelajar mengenai inovasi dunia cetakan 3 dimensi dan kepentingannya dalam dunia masa kini. 


Cetakan 3D menjadi satu standard dalam industri sekian lama dan ia kini hadir dengan tawaran mesin pencetak yang mampu milik untuk pengguna awam. Penggunaan pencetak 3D sebenarnya bukanlah satu yang baru. Ianya diperkenalkan pada pertengahan tahun 80-an dalam industri untuk tujuan pembinaan prototaip dan pemodelan. Dengan teknologi terkini, pencetak 3D kini bukan hanya boleh digunakan untuk mencetak prototaip semata-mata tetapi ia juga digunakan untuk mencetak komponen siap dari pelbagai material.  


Kini, inovasi cetakan 3D telah berkembang ke tahap yang tidak disangka. Di China, sebuah syarikat pembinaan menggunakan pencetak 3D gergasi untuk menghasilkan 10 buah rumah dalam masa 24 jam. Teknologi ini juga turut digunakan untuk membina apartment 5 tingkat dalam masa yang singkat dan menjimatkan wang ringgit. 


Selain itu di dalam makmal perubatan sedang rancak berlangsung kajian mengenai cetakan bio 3D dimana organ seperti jantung dapat dihasilkan dan digunakan dalam tubuh manusia. Di Hollywood, penghasilan watak popular juga dibina menggunakan cetakan 3D seperti dalam filem IronMan, The Hobbit, Jurassic Park, Avatar, The Muppets, Terminator Salvation, Real Steel dan The Avengers.



Strati pula merupakan jenama kereta yang dibangunkan Local Motor menggunakan komponen yang dibina menggunakan pencetak 3D. Ianya akan sedia dipandu di jalanraya dan pihak Local Motor kini sedang giat membangunkan potensi yang ada menerusinya. Pencetak 3D juga digunakan dalam industri pembuatan makanan apabila ia digunakan untuk menghasilkan pizza. Menarik bukan. 


Pencetak 3D bakal menjadi suatu yang biasa selepas ini. Potensi cetakan 3D amat besar pada masa depan kerana ia menjimatkan kos serta meningkatkan kecekapan pembuatan.  Sudah tentu para pelajar akan menemui teknologi dimana-mana intitusi pendidikan terutamanya melibatkan hal inovasi dan rekacipta dalam pelbagai bidang. Dengan harga serendah RM 6000 dari RICOH ia kini sudah pasti memberi manfaat yang besar dalam dunia pendidikan.



Pendedahan sebegini seperti dalam sesi bengkel sebentar tadi sedikit sebanyak membuka mata para pelajar mengenai perkembangan industri kini dan menyediakan mereka dengan cabaran baru yang bakal tiba. Terima kasih diucapkan kepada team Xin dari RICOH Malaysia dan Yu Han selaku trainer dari imakerzone dalam usaha menjayakan bengkel tersebut. 


Sekitar bengkel cetakan 3D MDeC






Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -