Posted by : Cikgu Siber Isnin, 16 November 2015

Dalam proses membina sesebuah permainan komputer, beberapa kemahiran dan proses berfikir diaplikasikan. Ianya meliputi set kemahiran berfikir secara kritis melalui penyelesaian masalah serta aplikasi daya kreativiti, seni dan literasi digital. Kemahiran ini amat penting dalam cabaran dunia perniagaan dan kerjaya dalam abad ke-21.


Gamestar Mechanic diperkenalkan untuk melatih pelajar peringkat permulaan untuk memahami prinsip disebalik proses pembinaan permainan komputer. Mereka menyatakan adalah lebih baik pelajar belajar merekacipta permainan daripada hanya belajar pengaturcaraan semata-mata kerana sebarang kegagalan dalam proses pembelajaran akan menyebabkan pelajar menjadi bosan. Mencipta permainan menawarkan pengalaman yang lebih menyeronokan berbanding melihat jujukan arahan dalam bentuk teks yang panjang.


Untuk tujuan tersebut tiga domain peringkat ditawarkan dalam Gamestar Mechanic iaitu The Quest untuk menyediakan cabaran mula sebagai asas memahami prinsip permainan. The Workshop sebagai tempat dimana pelajar boleh mengaplikasikan prinsip yang telah mereka pelajari dan Game Alley sebagai tempat berkongsi permainan dan membentuk kumpulan komuniti untuk mendapatkan maklumbalas.


Proses merekabentuk permainan di Gamestar Mechanic begitu mudah sekali. Mereka hanya perlu menyeret dan lepas segala elemen dan sprite yang disediakan. Kepada guru yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini untuk digunakan dalam aktiviti kelab komputer misalnya, disarankan anda menggunakan aplikasi ini terlebih dahulu.



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -