Posted by : Cikgu Siber Sabtu, 24 Oktober 2015

Semalam diusulkan cadangan bajet bagi tahun 2016 oleh Perdana Menteri kita, YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak. Untuk pendidikan diperuntukan RM41.3 billion membuktikan komitmen kerajaan kepada sektor terpenting ini.


Mengulas mengenai Bajet 2016, Menteri Pendidikan berkata peruntukan kepada Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang agak besar akan membolehkan negara mengeluarkan lebih ramai tenaga mahir dalam kalangan generasi muda di negara ini.

INTIPATI BAJET 2016 UNTUK SEKTOR PENDIDIKAN
1. Hampir 90 Peratus Sekolah Vokasional Dinaik Taraf Kepada Kolej Di Bawah Program Transformasi Pendidikan Vokasional.
2. Bantuan persekolahan RM100 tetap diteruskan. Bagaimanapun ia dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.
3. Untuk peringkat kelas prasekolah, RM44.6j diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113 buah kelas seluruh Malaysia.
4. Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang bernilai RM250 untuk pelajar IPT diteruskan, kaedah penebusan hanya di kedai-kedai buku yang diiktiraf.
5. Had maksima pelepasan cukai ke atas yuran pengajian pendidikan tinggi naik RM7,000 daripada RM5,000 setahun.
6. RM360 juta untuk tambah baik PLKN bagi 20,000 pelatih
7. MARA diperuntuk RM3.7 bilion, termasuk menaja pengajian 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi

Dibawah kami lampirkan teks ucapan penuh Bajet yang dicadangkan pada petang 23 Oktober 2015. 



Sumber: Kementerian Kewangan, Sinar Harian, Astro Awani

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -