Posted by : Cikgu Siber Sabtu, 31 Oktober 2015

Siang tadi berlangsungnya acara persidangan pendidikan tahunan kali ketiga anjuran Frogasia, Leaps of Knowledge 2015 dengan tema The Classroom Imagined. Acara bermula pada jam 8 pagi dengan sesi pendaftaran bertempat di Hotel JW Merriot, Kuala Lumpur.

Jam 9 dimulakan dengan acara keynote oleh pakar pendidikan Cathy Davidson dengan tajuk Project Classroom Makeover. Beliau berkongsi 4 pendekatan bagaimana untuk  mentranformasi guru, pelajar dan bilik darjah. Seterusnya penulis buku pemenang anugerah Ken Wussoker pula merampas pentas utama berkongsi hasil penulisan beliau. 


Tamat sesi keynote, kemudiannya para peserta mengikuti bengkel dan melawat ruang pameran yang disediakan. Bengkel terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Frog Classroom, Frog Connected Classroom dan Lightning Talks. Perkongsian sebegini amat berguna untuk guru mendalami pelbagai teknologi yang boleh digunakan dalam bilik darjah. 

Pelbagai cabaran dan permainan disediakan kepada peserta untuk melayakkan mereka menerima seberapa banyak nombor bertuah dan hadiahnya sangat menarik. Tahniah kepada Cikgu Adnan daripada SK Seri Iskandar kerana menerima pakej set Frog Classroom Makeover. Acara penutup berlangsung dengan sebuah forum diskusi oleh para jemputan membincangkan tema persidangan. Juga disampaikan anugerah 1BestariNet Teacher Awards 2015, disampaikan khas oleh Cathy Davidson. 

Lihat Highlight Leaps 2016

Ini merupakan penyertaan kali pertama saya dalam Leaps ini. Sejujurnya ia merupakan satu bengkel yang berguna untuk memberi inspirasi dan idea kepada guru mengenai bagaimana sebuah bilik darjah harus dibentuk dalam persekitaran pembelajaran abad ke-21. Penganjurannya juga dilakukan dengan penuh bergaya menggabungkan pelbagai elemen kreativiti dalam penganjuran sesebuah persidangan. Tahniah Frogasia, berjumpa lagi di Leaps 2016. 

Sekitar Sekitar Leaps of Knowledge 2015
Countdown sebelum bermulanya acara. 
Para peserta di kuanter pendaftaran
Tahniah kepada team pendaftaran yang cemerlang, siapa yang berbaju merah di belakang tu?
Di ruang legar terdapat pelbagai pameran menarik
Para pendidik pemburu ilmu
Cathy Davidson in action!
Penulis pemenang anugerah Ken Wussoker berkongsi kajian
Peserta bersedia untu program Keynote
Mengapa di JW Marriott? Jawapannya hotel mewah ini dibawah pengurusan YTL, pemilik Frogasia, menurut staf Frogasia =)
Pelbagai cabaran dikendalikan menarik menawarkan token cabutan bertuah
Hebat inovasi yang ditunjukkan menerusi Frog VLE
Salah satu acara bengkel Frog Classroom Connect
Aktiviti menampal token, aktiviti unik menatarias backdrop
Cikgu genius abad ke-21
Lilypad team, meminta idea anda untuk edisi penerbitan mereka
Para pameran di ruang pameran
Chachingggg!
Jangan lepaskan peluang di Photobooth
Pentas utama untuk aktiviti menggubah backdrop dengan token serta sticky 
Juara cabaran
Peserta mengambil tempat sebelum acra penutup
Pentas dikendalikan sendiri oleh 'boss besar' Frogasia
Cabaran berlangsung
Saya ditugaskan di Ask the Expert bersama Cikgu Ruzaimi dan staf Frogasia
Acara forum membincangkan tema persidangan
Pemberian anugerah sebagai acara penutup
Barisan penerima anugerah 1bestarinet bersama Cathy Davidson (Gambar: Frogasia)




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -