- Back to Home »
- mobile apps »
- My Tabung - Aplikasi pengurusan kewangan daripada BNM
Posted by : Cikgu Siber
Isnin, 12 Oktober 2015
Salah satu elemen yang sedang diterapkan dalam kurikulum baru KSSM 2017 adalah literasi kewangan. Keadaan ini kerana rakyat Malaysia dilihat amat kurang celik dalam hal-hal pengurusan kewangan. Ianya ditambah pula kadar hutang isi rumah yang tinggi sehinggakan pihak kerajaan membuat polisi baru pembiayaan peribadi dengan mengehadkan tempoh bayaran balik dari 20-25 tahun kepada 10 tahun sahaja.
Bank Negara Malaysia, menyedari akan isu ini, selain siri kempen pendidikan, mereka juga telah melancarkan satu aplikasi pintar yang dinamakan My Tabung. My Tabung merupakan satu aplikasi pengurusan kewangan peribadi untuk rakyat Malaysia agar mereka dapat melihat aliran masuk dan keluar pendapatan bulanan mereka dengan jelas.
My Tabung merupakan satu perisian yang ringkas dan menyerupai kebanyakkan aplikasi yang ditawarkan di pasaran. Saya mengharapkan mungkin untuk versi seterusnya mereka meletakkan ciri-ciri yang lebih canggih sepertimana yang ada pada aplikasi kegemaran saya Dollarbird. Aplikasi ini ditawarkan kepada pengguna iOS dan juga Android secara percuma.
Sumber: Amanz.my