- Back to Home »
- inovasi web »
- Dropbox Paper versi beta dilancarkan - aplikasi pejabat menyokong kolaborasi
Posted by : Cikgu Siber
Jumaat, 30 Oktober 2015
Setelah dua minggu saya mendaftar minat untuk mencuba aplikasi Dropbox Paper, akhirnya pada hari ini saya menerima email yang membenarkan saya menggunakan versi Beta. Dropbox Paper yang dilancarkan pada minggu lepas telah memperkenalkan kumpulan kerja yang menyokong fungsi halaman alat pejabat secara kolaborasi.
Dropbox Paper Docs boleh diibaratkan seperti Docs pada Google tetapi mempunyai ciri-ciri tambahan kolaboratif seperti anda boleh meletakkan komen mengenai arahan kerja serta mendapatkan maklumbalas terus daripada orang berkenaan. Ianya boleh ditanda pada setiap baris halaman dan dipaparkan pada ruang sisi halaman. Satu ciri yang akan membuatkan Dropbox Paper akan menjadi popular penggunaan kelak.
Saya menyukai halaman Dropbox Paper yang agak ringkas dan kemas. Beberapa template disediakan sepeti nota mesyuarat, nota perlu-dibuat, halaman kolaborasi dan penjanaan idea. Perlu diingat ianya masih dalam versi percubaan. Anda boleh menghantar maklumbalas setelah mencuba versi ujian ini untuk melaporkan sebarang masalah atau memberi cadangan penambahbaikan.
Penawaran aplikasi ini memberi nilai tambah kepada teras perniagaan Dropbox itu sendiri dan sudah tentu memberi persaingan sengit kepada jenama lain seperti Google dan Office. Ciri-ciri tambahan yang dibina akan menjadikan kerja lebih produktif dan berkesan. Cubalah Dropbox Paper hari ini dan saya percaya anda pasti sukakannya.