- Back to Home »
- perkongsian »
- Anda punyai idea pembelajaran hebat? Kongsikan di TED Ed
Posted by : Cikgu Siber
Ahad, 18 Oktober 2015
TED merupakan sebuah persidangan global yang dianjurkan oleh Sapling Foundation. Ianya memberi fokus kepada rangkuman ilmu pengetahuan yang luas seperti kajian akademik, penemuan sains dan kebudayaan menerusi perkongsian pengalaman dan idea. Mereka percaya idea hebat haruslah diraikan lantas disebarkan kepada seluruh masyarakat dunia.
Saya berkenalan dengan TED pada 2010. Ianya terkenal dengan sesi perkongsian selama 18 minit oleh para penceramah jemputannya meliputi ahli politik, tokoh akademik, saintis pemenang Nobel, peneraju inovasi kejuruteraan dan IT serta para-para pemikir. Saya sendiri memuat turun aplikasi mudah alih TED ke telefon pintar saya untuk meninjau idea-idea menarik sebagai sumber inspirasi.
Salah satu produk yang dilesenkan TED adalah TED Ed. Misi mereka adalah untuk membina pengajaran menerusi perkongsian bernilai selaras dengan misi utama TED untuk menyebarluaskan idea-idea hebat. Mereka menawarkan satu pustaka pembelajaran yang mana akan mengkurasikan video pembelajaran, yang kebanyakkan darinya merupakan kolaborasi antara pendidik berbakat dan para juruanimasi terpilih.
Pengguna boleh menggunakan kesemua video dan boleh juga mengkostumasi video tersebut. Selain itu pengguna juga boleh menyumbang video pembelajaran secara terbuka lantas dapat melihat bagaimana sumbangan mereka dapat memberi impak kepada guru dan pelajar. Mereka juga menyediakan platform bagi pelajar seluruh dunia berkongsi idea luarbiasa mereka menerusi TED - Ed Clubs.
Anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk anda mengkostumasikan halaman pembelajaran |
Antaramuka yang membenarkan anda membina pembelajaran sendiri dari video yang disediakan. Seterusnya set pembelajaran anda boleh digunakan di kelas atau dikongsi kepada semua. |
Lebih 143,000 bahan pembelajaran dari TED Ed sedia digunakan dalam pembelajaran anda. |
Terdapat dua jenis pembelajaran di TED Ed. Yang pertama pembelajaran dari para pendidik pemenang anugerah. Kandungan dibina secara kolaborasi antara guru pakar, para screenwriter dan juruanimasi. Ianya dikenali sebagai TED Ed Original bertujuan untuk memberikan kandungan pembelajaran yang berkualiti serta idea pembelajaran yang hebat. Manakala pembelajaran jenis kedua merupakan TED Select, boleh dibina oleh para pengunjung dan dikongsi kepada umum, namun perlu melalui penel pemilihan.
Berikut merupakan tiga video pembelajaran yang menarik perhatian saya dari kategori TED Ed Original.
Kesimpulannya, TED Edu menghidangkan satu sumber pembelajaran yang berkualiti serta fungsi untuk anda membina halaman pembelajaran berdasarkan idea anda sendiri. Jika anda berkemahiran menghasilkan video yang berkualiti dan luarbiasa apakata kita berkolaborasi membinanya untuk TED Ed.
Sumber: TED Ed