Posted by : Cikgu Siber Rabu, 2 September 2015


Seminar 3i adalah program oleh Google for Education untuk para pendidik Malaysia yang menggabungkan konsep-konsep ilmu - integrasi - inovasi [3i] dalam penggunaan teknologi pendidikan. Peserta-peserta seminar ini berpeluang untuk mempelajari pelbagai teknik yang dapat mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan  memudahkan tugasan pentadbiran di sekolah. 

Sesi dan bengkel di seminar ini merangkumi pelbagai topik yang akan disampaikan oleh guru-guru berpengalaman dalam teknologi pendidikan dan juga pakar dan peneraju dunia pendidikan.

Seminar ini terbuka kepada guru-guru dan pentadbir sekolah kerajaan di Malaysia sahaja. Ianya ditawarkan secara PERCUMA. Jangan lepaskan peluang menarik ini. 

Pendaftaran: http://gg.gg/daftar3i


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -