Posted by : Cikgu Siber Sabtu, 15 Ogos 2015

Visual Arts Expo 2015 akan diadakan secara besar-besaran pada 21-23 Ogos ini. Acara selama tiga hari yang akan diadakan di Mines International Exhibition & Convention Centre ini bakal membawakan perkongsian dari penggiat industri dunia kreatif bertaraf antarabangsa kepada penggiat serta peminat tempatan.



Antara pakar serta nama-nama besar didalam industri kreatif ini termasuklah Satelight, Gainax, Keitaro Arima, dan bermacam lagi. Dan sekiranya anda kurang pasti dengan nama tersebut, Shoji Kawamori dari Satelight merupakan pencipta siri Macross dan Gainax merupakan studio yang menghasilkan siri animasi Neon Genesis Evangelion serta FLCL (Furikuri/Fooly Cooly). Mereka dan panel lain akan turut sama melapangkan masa dan menerima mereka yang berminat untuk mempersembahkan dan berkongsi karya mereka.

Untuk acara pada 22 hingga 23 Ogos, kemasukan dibuka untuk orang awam dimana terdapat acara seperti persembahan muzikal, bengkel-bengkel hobi khusus seperti Cosplay, Gunpla, dan Manga. Untuk hadir ke acara ini, terdapat tiket yang perlu dibeli sama ada secara atas talian atau semasa acara tersebut. Terdapat tiket RM15 untuk akses sehari dan juga RM 25 untuk akses selama dua hari. Terdapat tiket khusus Gold Pass berharga RM 100 membolehkan pengunjung masuk serta mendapatkan tandatangan tanpa perlu beratur, dan berkenalan dengan selebriti dan artis yang bergiat dalam industri ini.

Tiket boleh diperoleh secara atas talian dan untuk maklumat lanjut berkenaan acara ini anda boleh mendapatkannya di laman rasmi VAX 2015 dan juga halaman Facebook VAX 2015.

Sumber: Amanz.my

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -