- Back to Home »
- inovasi web »
- Kolaborasi di Popplet
Posted by : Cikgu Siber
Jumaat, 24 Julai 2015
Dalam pencerapan kelas Bahasa inggeris oleh SICS+ daerah Kuala Kangsar, iaitu Puan Zulaikha. saya memperkenalkan satu aplikasi bernama Popplet kepada pelajar tingkatan 4 Sains Sosial. Dalam 2 waktu pengajaran tersebut saya membawa tajuk Essay Writing - Digital Education dengan membimbing pelajar melakukan Brainstorming dan mengumpul maklumat dari Internet sebelum menulis karangan.
Menggunakan Popplet, cara pengumpulan data diuruskan secara kolaborasi antara beberapa kumpulan. Setiap pelajar akan mendaftar terlebih dahulu dan ditunjukkan asas menggunakan aplikasi tersebut. Ternyata pelajar sekarang begitu advanced, mereka menguasai dengan begitu pantas.
Menariknya disini, menggunakan kecanggihan HTML5, poplet akan bertindakbalas memaparkan suntingan pelajar pada halaman yang dikongsi. Pelajar teruja melihat hasil mereka terus muncul di paparan layar utama dihadapan.
Contoh satu halaman Popplet yang dihasilkan oleh komuniti. Popplet boleh disimpan sebagai PDF ataupun imej.
Setelah tamat pengajaran, reaksi yang diberikan Puan Zulaikha amat positif. Beliau mencadangkan supaya Popplet ini boleh digunakan juga untuk bahagian Grammar dengan tugasan mencari jenis-jenis kata nama sebagai contoh.
Berikut contoh halaman Popplet yang dihasilkan pelajar saya pada sesi tersebut.