- Back to Home »
- perkongsian , teknologi pengajaran »
- 7 tips menggalakan penggunaan teknologi pengajaran kepada pendidik
Posted by : Cikgu Siber
Ahad, 5 Julai 2015
Jika anda seorang kordinator yang sedang berusaha mengimplimentasikan teknologi dalam sekolah anda, tips-tips yang dikongsi oleh Robin Smith, seorang pakar teknologi pengajaran untuk sekolah sekolah di daerah Hollidaysburg, Pennsylvania (U.S) mungkin berguna kepada anda.
TIPS 1
Dapatkan sokongan dari pihak atasan. Jika mereka tidak menyokong usaha penggunaan teknologi dan tidakpun menggunakan teknologi itu sendiri, adalah sukar untuk menyakinkan staf lain untuk menggunakannya.
TIPS 2
Pastikan anda mendokong agenda daerah (dasar) dan tidak agenda peribadi anda sendiri.
TIPS 3
Pengetua sendiri perlu menggunakan teknologi tersebut dan menyokong guru-guru mereka dengan kakitangan tambahan jika perlu.
TIPS 4
Jangan meletakan harapan terlalu tinggi. Sesuatu yang anda jangkakan supaya menjadi kejayaan besar dan menjadi ketagihan dalam kalangan guru-guru akhirnya akan berakhir dengan kekecewaaan.
TIPS 5
Sediakan pelbagai insentif untuk guru.
TIPS 6.
Tunjukkan kepada guru bagaimana teknologi ini dapat menjimatkan masa mereka. Sebagai contoh bahan yang telah dihasilkan mungkin boleh digunakan dilain masa.
TIPS 7
Sentiasa ingat, kebanyakan guru amat sibuk; mereka memikul beban dengan pelbagai tugas. Cuba lakukan perkara semudah yang boleh, dan berikan masa mereka belajar sebelum mengharapkan mereka menggunakannya.