- Back to Home »
- dts , perkongsian , persidangan , teknologi pengajaran , vle »
- DESA 2015 - Computing At School by Simon Humphreys
Posted by : Cikgu Siber
Rabu, 17 Jun 2015
"There is no them, only us!", Satu mesej ringkas daripada Simon Humphreys, pakar pembelajaran digital, merumuskan budaya pembelajaran generasi baru pelajar masa kini dan cabaran yang diperlukan oleh pendidik semasa dalam usaha memahami mereka.
Simon berkongsi pengalaman beliau mengendalikan program Computing at School (CAS) yang diimplimentasi di UK yang mana pihak kementerian pelajaran sedang mengambil model yang telah dilaksanakan untuk merangka sulibus serta pendekatan baru untuk dilaksanakan secara berfasa melalui inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di Malaysia.
Antara intipati utama yang ditegaskan oleh beliau adalah diversiti pembelajaran digital, kepentingan disiplin serta kemahiran sains komputer terhadap pembelajaran dan apa yang berlaku sepanjang mengendalikan CAS, sebuah program berimpak tinggi yang diasaskan beliau.
Menurut beliau, pendidikan masa kini patut berubah kerana pendidikan abad ke-21 haruslah mengfokuskan cara bagaimana untuk menyediakan generasi muda dengan perkerjaan yang masih belum wujud, penggunaan teknologi yang belum lagi ditemui, serta menyelesaikan masalah yang tidak disangka-sangka. Ianya berkisar kepada bagaimana sistem pendidikan menerapkan elemen pemikiran komputesional (Computational Thinking) dan kreativiti.
Sains Komputer merupakan pendekatan baru yang harus diberi keutamaan dalam pendidikan. Ramai yang terkeliru yang hanya menyangka sains komputer hanyalah mengenai komputer sepertimana orang menyangka ilmu astronomi dengan membayangkan teleskop. Sebenarkan disiplin sains komputer boleh diaplikasikan merentasi bidang. Sebagai contoh kaedah Algoritma (Algorithms) boleh digunakan dalam pembelajaran bahasa seperti Bahasa Inggeris.
Antara konsep lain yang perlu dipelajari melalui pembelajaran generasi baru selain Algorithms adalah seperti Logic, Patterns, Decomposition, Abstraction dan Evaluation. Pengaturcaraan merupakan agen yang dilihatnya sangat penting dipelajari dengan asas sistem binari dan penguasaan bahasa asas pengaturcaraan seperti HTML, Java dan Phyton. Scratch pula dilihat amat membantu pelajar memahiri jujukan arahan. Ia juga mengajar manusia berfikir secara aras tinggi sebenarnya.
Generasi baru harus mengetahui cara komputer berkerja. mengetahui konsep hubung rangkaian (net way) dan pemikiran algoritma dengan memaparkan langkah penyelesaian masalah yang jelas. Ianya berlaku dalam kehidupan seharian dengan kita mengikut aturan dan arahan setiap hari. Pelajar juga harus didedahkan bagaimana kita menilai sesuatu penyelesaian - adakah ia penyelesaian yang betul atau penyelesaian yang terbaik, ianya berbeza.
Beliau berpandangan semua harus mempelajari sains komputer sepertimana kita mempelajari sains tulen dan sejarah. Kita melihat begitu ramai pelajar mempelajari kimia tatapi hanya sebilangan kecil sahaja menjadi ahli kimia. Itulah yang harus berlaku kepada agenda pendidikan kita kerana pelajar kini hidup dalam dunia digital yang berpaksi kepada jaringan, kolaborasi dan teknologi perkakasan serta perisian.
Penekanan ini telah diberi perhatian dalam sistem pembelajaran di UK masa kini dengan Department of Education menjadikan matapelajaran Sains Komputer sebagai 'jantung' pendidikan, pelajar berumur 5 tahun sudah diajar asas pengaturcaraan dan literasi digital dijadikan komponen utama pendidikan. Pendekatan baru ini mula diperkenalkan sejak Julai 2013.
Untuk pelaksanaanya, Simon menyenaraikan beberapa cabaran utama yang saya lihat sama sepertimana yang dihadapi Malaysia dalam penerapan VLE dalam bilik darjah. Berkisar kepada kesediaan dan penerimaan guru, mentaliti, instrumen ukuran pencapaian serta impak, pengurusan serta kemudahan. Akhir sekali beliau menekankan betapa pentingkan pembentukan komuniti guru untuk berkongsi idea serta method dalam mengaplikasi pemikiran baru dalam pendidikan.
Saya merasakan sudah tiba masanya kita menjadi bangsa pencipta, bukan lagi bangsa penguna. Industri digital menjana pelbagai peluang pekerjaan baru serta janaan sumber ekonomi berbillion ringgit. Cuba bayangkan graduan-graduan kita yang berbakat besar, mencipta ikon baru dalam industri ICT dan kandungan kreatif, memenangi pingat emas di pemeran-pameran inovasi antarabangsa yang disertai. Proses kelahiran mereka boleh dapat dipercepatkan dengan pengenalan ilmu asas di peringkat sekolah.
Saya merasakan sudah tiba masanya kita menjadi bangsa pencipta, bukan lagi bangsa penguna. Industri digital menjana pelbagai peluang pekerjaan baru serta janaan sumber ekonomi berbillion ringgit. Cuba bayangkan graduan-graduan kita yang berbakat besar, mencipta ikon baru dalam industri ICT dan kandungan kreatif, memenangi pingat emas di pemeran-pameran inovasi antarabangsa yang disertai. Proses kelahiran mereka boleh dapat dipercepatkan dengan pengenalan ilmu asas di peringkat sekolah.
Acara ringkas ini dihadiri oleh pegawai daripada JPN serta wakil 22 buah sekolah yang terlibat dalam program pilot Digital Tech@ School kelolaan MDeC serta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
...
Simon Humprheys merupakan Penyelaras Kebangsaan bagi program Computing at School (CAS). UK. Berlatarbelakangkan bidang muzik, Simon mengajar selama 25 tahun sebelum bekerja untuk CAS. Setelah tamat pengajian dengan ijazah kelas pertama dalam bidang Sains Komputer beliau mengajar Pengkomputeran Level A di Hills Road College, Cambridge sebelum membantu untuk membentuk CAS dengan rakan-rakan dari sekolah lain, ahli akademik dan industri. Beliau telah menyelia pembangunan CAS dari sekumpulan kecil 20 orang kepada organisasi lebih 18,500 ahli. Beliau sangat komited dalam pembangunan profesional yang berkesan melalui perkomputeran dan kini melatih guru melalui Jabatan Pendidikan menerusi program latihan Network of Excellence melibatkan 40,000 orang guru dalam 2 tahun pertama.