Posted by : Cikgu Siber Isnin, 22 Jun 2015

Memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru, Frogasia dilihat menambahbaik perkhidmatan seiring dengan trend pembelajaran semasa. Disamping fungsi terbitan laman ke web, laman forum serta walls baru dan photo stream  mereka juga memperkenalkan satu laman sosial khas Frog Timelines bagi semua pengguna. Ia akan dipaparkan sejurus pengguna log masuk ke dalam Frog VLE dalam bentuk garis masa sebarang aktiviti. 




Laman sosial ini akan membolehkan pengguna berkongsi gambar, laman dan sebarang dokumen dengan mudah. Frog Timelines membenarkan guru dan ibubapa memberi maklumbalas serta memantau aktiviti pembelajaran pelajar. 

Antara yang dipaparkan dalam garis masa media sosial ini termasuklah:

i. Fail yang dimuatnaik oleh anda.
ii.Fail yang dihantar daripada rakan
iii.Tugasan yang dihantar oleh guru
iv.Notifikasi
v.Jemputan acara

Mungkinkah Frog Timelines akan dibina untuk aplikasi mobile? Sama-sama kita nantikan... 

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -