Posted by : Cikgu Siber Ahad, 3 Mei 2015

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 melalui sepuluh lonjakan yang telah dilancarkan antara lainnya termasuk penghasilan graduan yang seimbang, holistik dan mempunyai sifat serta minda keusahawanan bagi memantapkan lagi sistem pendidikan tinggi negara.


Ianya juga bertujuan menempatkan program-program pendidikan teknik dan vokasional setaraf dengan program tradisional yang ditawarkan dan menjadikan pendidikan sepanjang hayat sebahagian daripada budaya nasional. Penyediaan pelan tindakan itu ialah suatu usaha menangani cabaran sektor pengajian tinggi bagi menjadikan Malaysia sebagai pemain global dan hab pendidikan terkemuka di peringkat antarabangsa. 

Dalam merealisasikan hasrat ini dan juga untuk mempromosi dan meningkatkan kefahaman tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 (PPPMPT), Kementerian Pendidikan Malaysia merancang menganjurkan satu pertandingan video pendek yang bertemakan sepuluh lonjakan didalam PPPMPT.

Dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia menjemput semua warga Malaysia yang mempunyai visi, berminat dan bersemangat untuk menzahirkan pendapat, pandangan serta pengalaman mereka didalam bentuk visual (video) mengenai sepuluh lonjakan PPPMPT.

Layari alamat dibawah untuk maklumat terperinci mengenai PPPM (PT) 2015-2025




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -