- Back to Home »
- dari meja blogger »
- IM menjadikan kita lebih sibuk
Posted by : Cikgu Siber
Khamis, 21 Mei 2015
Gajet telekomunikasi saya pada 2014 hanyalah sebuah peranti Nokia dengan skrin monokrom, hanya untuk membuat panggilan dan menghantar pesanan ringkas. Melihat keadaan tempat kerja yang mendesak, saya terpaksa menukar 'polisi' hidup dengan bertukar kepada sebuah peranti pintar atas faktor urusan perkerjaan. Akhirnya saya terperangkap dengan dunia digital yang menjadikan saya terasa macam 'sibuk'.
Sehingga kini saya mempunyai 26 kumpulan di Whatsapp dan 8 kumpulan di Telegram. Saya percaya bilangan ini akan meningkat sekali ganda pada hujung tahun ini. Kadang-kadang terasa hairan terdapat lebih 1000 pesanan chat dihantar sehari dalam sesebuah kumpulan, yang kadang kadang untuk bersembang hal-hal peribadi antara dua pihak juga dilakukan didalamnya. Terdapat juga kumpulan dengan kepentingan perniagaan dan ada kumpulan yang diwujudkan tanpa sebarang hala tuju.
Pernah saya left sebuah kumpulan 'tanpa notis', selang 5 minit kemudian dimasukkan kembali. Saya juga melihat rakan-rakan yang left daripada kumpulan juga 'tanpa notis' dan selepas itu mengundang reaksi negatif rakan-rakan. Kadang-kadang tak sempat nak baca semua, cuma klik pada kumpulan dan kembali ke laman utama untuk menghilangkan notifikasi bilangan mesej.
Membaca mesej tertentu di sana kadang-kadang terasa masa dibazirkan begitu sahaja. Terdapat kumpulan yang terdiri dari ratusan ahli, yang aktif hanyalah 5-6 orang sahaja. Yang lain hanya menjadi pemerhati bebas atau pun pembaca setia. Dan kadang-kadang membalas dengan ikon thumb sahaja (seperti saya, hahaha...)
Selain itu, apa yang 'gila'nya, urusan kerja juga dibincangkan secara aktif sehingga jam 12 malam. Begitu hebat penangan IM ini. Kadang-kadang perkongsian juga dilakukan secara semberono sehinggakan ada hadis-hadis palsu disebarkan tanpa disedari. Begitu juga rancaknya kita mengumpat pemimpin yang kadangkala secara berlebihan serta sebaran berita tidak sahih.

Cuba kita muhasabah kembali, adakah IM seperti Whatsapp atau Telegram telah merampas kehidupan kita seharian. Keseronokan kita berbicara kadang-kadang kita terlupa akan tanggungjawab kita, dan kepekaan kita terhadap perkara-perkara yang lebih penting dalam hidup.
Bukan menyangkal kepentingan teknologi, kadang-kadang banyak juga ilmu baru yang diperolehi dan ikatan persahabatan kembali terjalin. Bagi insan berkerjaya dan berkeluarga seperti saya, polisi yang saya pilih adalah untuk meminimalkan penglibatan saya dalam kumpulan rakan dan mengfokuskan kepada urusan perkerjaan yang begitu penting sahaja.
Mohd Razif Abdul Razak
Blogger/Founder, Cikgu Siber