- Back to Home »
- inovasi web , perkongsian , teknologi pengajaran »
- Bina video interaktif dengan eduCanon
Posted by : Cikgu Siber
Khamis, 28 Mei 2015
Akhir-akhir ini dunia pendidikan membicarakan mengenai Flipped Classroom. Flipped Classroom merupakan satu model pedagogi yang mana sesi kelas atau penerangan kandungan dan latihan diterbalikan. Ini bermaksud pelajar dibekalkan terlebih dahulu dengan input pembelajaran terlebih dahulu dirumah sebelum kelas melalui video dan sebagainya. Kefahaman mereka terhadap sesuatu kandungan akan diperhatikan dengan tools tertentu. Sewaktu kelas berlangsung pelajar hanya akan melakukan latihan, tugasan dan perbincangan.
EduCanon merupakan satu penyedia perkhidmatan yang menyokong method sebegini. Ianya membolehkan anda membina video interaktif dan berkongsi dengan pelajar. Dalam video tersebut anda boleh benamkan kuiz, uji kefahaman dan maklumbalas. Anda akan dapat memantau tahap kefahaman mereka secara terus sebelum kelas bermula. Oleh itu anda akan dapat fokus terhadap tahap pengetahuan mereka serta memberi tumpuan kepada apa yang tidak tercapai dalam pembelajaran di rumah.
Populariti EduCanon sebagai alat yang ideal untuk konsep Flipped Classroom amat menarik sekali. Antara pihak yang menyokong aplikasi ini adalah seperti Youtube, Vimeo, NOVA, Teacher Tube, TED Edu, Khan Academic dan sebagainya. Saya sarankan anda ke laman EduCanon sendiri untuk mengetahui apakah ciri-ciri yang ditawarkan mereka.

Sumber: EduCanon