Posted by : Cikgu Siber Ahad, 19 April 2015



Dalam konsep pertama kita memahami apa itu VLE. Pemahaman mengenai VLE amat perlu kerana dalam konsep kedua kita akan memahami keseluruhan persekitaran Frog VLE itu sendiri.

KONSEP KEDUA: MEMAHAMI PERSEKITARAN FROG VLE




Dalam persekitaran besar Frog VLE, setiap komuniti sesebuah sekolah hanya akan berada dalam komunitinya. Lihat bulatan dengan garisan berwarna oren. Ini bermakna, apa sahaja aktiviti yang berlaku hanya dalam ruang lingkup sekolah itu sahaja. Namum begitu, untuk sumber pembelajaran disediakan akses kepada pelbagai aplikasi untuk pendidikan seperti benaman web (embed), aplikasi Google, pautan host video seperti Youtube dan sebagainya, serta pautan ke laman-laman web.

Guru akan membina Laman Pembelajaran untuk dikongsi dengan pelajar dalam sekolahnya. Selain itu beliau juga boleh juga berkongsi kepada komuniti frog lain menerusi fungsi Frog Store. Namun begitu beliau perlu melepasi tapisan Resopotory KPM terlebih dahulu untuk pengesahan kandungan dan isu-isu hakcipta.  Frogstore merupakan satu pusat sehenti untuk memuatturun sebarang media pembelajaran, laman pembelajaran serta aplikasi aplikasi tertentu. Ianya ditawarkan secara percuma dan berbayar.

Frogdrive pula merupakan satu sistem simpanan secara awan dibekalkan secara percuma. Frogdrive menyimpan laman pembelajaran yang dihasilkan, menjadi ruang storan peribadi dan awam serta mempunyai beberapa fungsi lain seperti pengurus kuiz, soal selidik dan aplikasi pengurusan dan tetapan.

Frog Academy pula merupakan satu one-stop dashboard yang menghubungkan Laman Frog VLE sekolah dengan perkhidmatan-perkhidmatan lain 1bestarinet. Apa bezanya Frog VLE dengan Frog Academy? Setelah fungsi Hop-in diperkenalkan ramai pengguna terkeliru mengenai peranan laman ini. Untuk pengetahuan anda, Frog VLE merupakan satu persekitaran utama, manakala Frog Academy merupakan laman mikro yang memaparkan perkhidmatan perkhidmatan 1bestarinet tertentu. Juga mempunyai akses kepada Frogstore untuk muat turun bahan percuma atau berbayar.



Bagaimana untuk menggunakan Frog VLE ini? Semua guru dan pelajar dibekalkan dengan satu Yes ID yang namanya dijana oleh komputer untuk dilog masuk kedalam laman Frog sekolah masing-masing. Pautan dibawah mungkin boleh membantu anda untuk menglog masuk ke laman Frog VLE sekolah anda.

PENGENALAN KEPADA FROG VLE
FROG VLE , CIRI-CIRI

Analogi Cikgu Amin dibawah mungkin dapat membantu anda memahami mengenai perjalanan Frog VLE.

Cikgu Amin merupakan seorang guru Matematik. Dia sentiasa menggunakan video dari Youtube untuk mengajar matematik didalam kelasnya. Beliau percaya banyak bahan daripada luar dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajarnya. Dengan Frog VLE, dia boleh mengumpul semua pautan video tersebut dan bina satu LAMAN menerusi frog VLE. Laman koleksi video pengajaran tersebut kemudiannya boleh dikongsi terus kepada pelajar. Pelajar boleh mengakses koleksi video tersebut dirumah melalui laman tadi.

Didalam Frog VLE juga, cikgu Amin boleh menyemak takwim aktiviti sekolah menerusi fungsi KALENDAR. Segala maklumat mengenai sekolah juga disalurkan menerusi SCHOOL DASHBOARD yang dibangunkan penyelaras VLE sekolah.  Selain itu cikgu Amin juga boleh menggunakan Frog VLE untuk menyimpan segala fail miliknya dengan selamat. Sebelum ini cikgu Amin telah kehilangan pendrive yang mengandungi banyak data-data penting.

Cikgu Amin juga percaya yang LAMAN pembelajaran yang dihasilkan amat berkualiti tinggi dan dapat memberi manfaat kepada pelajar lain di Malaysia. Oleh itu beliau berkongsi laman tersebut ke Frogstore melalui Resipotori KPM. Dengan tindakan intu sesebuah dapat berkembang dengan pantas dan memanfaatkan lebih 10,000 buah komuniti sekolah yang menggunakan sistem ini. 


Sebarang penyalinan artikel ini hendaklah dikreditkan kembali ke blog ini.

{ 1 ulasan... read them below or add one }

  1. TERKINI: Frog kini menyokong penerbitan halaman ke Web http://bestariproject.blogspot.my/2015/06/frog-vle-web.html

    BalasPadam

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -