- Back to Home »
- inovasi web , vle »
- Si Katak Biru - Setelah 4 tahun
Posted by : Cikgu Siber
Ahad, 8 Mac 2015
Sistem ini dikenali sebagai Frog VLE, satu platform pembelajaran maya yang dibangunkan bersama pakej 1bestarinet Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Sebanyak 10,000 sekolah yang terlibat secara peringkat bersama pemasangan internet berkelajuan tinggi generasi keempat (4G). Setiap sekolah disediakan satu menara capaian dan beberapa peralatan penerima tanpa wayar yang disediakan oleh Yes Communications.
Menurut mereka, persekitaran yang cuba diwujudkan bersifat menyeluruh, melibatkan pelajar, guru, pentadbiran sekolah, kementerian serta ibubapa. Platform dibuka dengan skala yang besar dengan menyediakan aplikasi yang sentiasa dipertingkatkan untuk menyokong keperluan semasa pendidikan di Malaysia.
Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.
FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan para pendidik dan pertubuhan-pertubuhan pendidikan tempatan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang relevan dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberikan kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah baik sekolah secara keseluruhannya.
Frog VLE membawakan ciri-ciri canggih sebuah sistem pembelajaran dalam talian dengan mengintegrasikan pelbagai sumber pembelajaran. Berikut merupakan beberapa ciri-ciri yang ditawarkan kepada komuniti pendidikan di Malaysia.

FROG VLE - CABARAN & FAKTOR KRITIKAL
Terdapat tiga cabaran paling kritikal penentu kejayaan platform ini. Yang pertama, sejauhmana pentadbir VLE peringkat sekolah (admin) dapat membangunkan keseluruhan persekitaran , mentadbir serta menyalurkan maklumat yang diperlukan kepada guru dan pelajar.
Kebanyakan admin adalah guru yang terlibat sama dalam pelbagai tugasan lain di sekolah. Jika di kebanyakan syarikat koperat, tugasan sebegini - mentadbir laman web syarikat, adalah tugas khas dan dibayar gaji mencecah RM3 ribu. Polisi khas mengenai VLE perlu dilakar segera agar jelas dan juga adil pada pihak tertentu.

Cabaran kedua, sejauhmana motivasi pelajar dan guru untuk terus menggunakan platform ini sebagai salah satu alat pembelajaran yang diminati. Ianya didorong oleh peranan pentadbir dan guru dalam usaha membudayakan penggunaan dalam persekitaran sekolah.
Cabaran ketiga, bagaimana pihak pembangun Frog VLE menganalisis persekitaran sekolah di Malaysia dan menghasilkan sistem yang mesra pendidik, dapat memuatkan halaman dengan pantas dan memudahkan urusan semua pihak. Mereka juga perlu bertanggungjawab terhadap segala latihan dan promosi penggunaan kepada guru dan pelajar.
Berdasarkan pengalaman saya, ketiga-tiga cabaran ini merupakan faktor penentu kejayaan yang perlu diambil serius dan difikirkan bersama.

DIPALIT KONTROVERSI
Menurut Laporan Audit Negara bagi 2013 pada penghujung tahun 2014, penggunaan VLE oleh guru, pelajar dan ibu bapa adalah sangat rendah, iaitu sekitar 0.01% ke 4.69%. Ianya gagal mencapai sasaran yang ditetapkan tidak setimpal dengan pelaburan yang dilakukan.
Dengan menggunakan sistem ini kali pertama pada 2012, saya beranggapan sistem ini memerlukan usaha yang jitu untuk menguasainya dan menjangkakan bakal menjadi tidak popular penggunaanya dalam kalangan pendidik di Malaysia. Seperti yang saya katakan tadi, mereka perlu menganalisis dengan lebih mendalam persekitaran di sekolah, dari segi kopetensi guru, budaya serta tindakbalas guru kepada aplikasi baru seperti ini.
Kajian menyeluruh dan analisis keperluan perlu dijalankan dengan lebih mendalam lagi serta melibatkan peranan pakar. Seiring dengan persekitaran sekarang saya cadangkan pembangun VLE membangunkan satu aplikasi pada telefon pintar dengan meminimumkan ciri-ciri yang ditawarkan pada versi web. Masukkan hanya beberapa ciri yang benar-benar diperlukan guru dan pelajar sahaja.
Banyak penambahbaikan yang saya lihat boleh dilakukan dalam pelaksanaan sistem pengurusan pembelajaran ini. Antaranya latihan yang melibatkan jurulatih dari kalangan guru.
Saya sendiri terlibat dalam latihan kepada guru dan pelajar selama 4 tahun, sepanjang berkecimpung terhadap tugasan sukarela ini, saya melihat kurang disediakan kemudahan kepada mereka. Guru sebagai jurulatih utama dikerah menjalankan latihan yang melibatkan beberapa fasa tertentu, yang sepatutnya dijalankan oleh kakitangan di unit latihan Frogasia.
Mereka harus menghargai sumbangan guru dengan menyediakan kemudahan tertentu seperti seperti memberikan mereka sebuah Chromebook. Mengapa saya memerlukan Chomebook? Ini kerana saya seringkali dihubungi oleh para pentadbir VLE dari banyak sekolah bertanyakan masalah masalah tertentu yang kadangkala begitu rumit. Saya perlukan sebuah gajet yang bertindak pantas untuk memudahkan urusan pementoran ini.
Chromebook merupakan satu gajet yang amat sesuai memandangkan proses bootnya yang pantas dan menyokong talian 4G yang disalurkan menerusi rangkaian 1bestarinet kendalian Yes. Selain itu gajet ini juga boleh digunakan sewaktu para jurulatih memberi tunjuk ajar pada sesi bengkel.
Pemberian Chromebook bagi saya dilihat satu suntikan motivasi untuk pada jurulatih negeri dan daerah bertugas dengan lebih cemerlang pada masa hadapan.
KESIMPULAN
Kini, versi terbaru Frog VLE telah dikemaskini dengan pelbagai ciri pembelajaran, berbeza dengan versi yang saya gunakan pertama kali pada 2012. Pihak Frogasia dilihat telah memberi komitmen yang padu dengan memperkenalkan sekolah perintis menerusi program Frog Champion Schools dan mengikltiraf sumbangan individu tertentu menerusi program Frog Teacher Awards.
Sebagai kesimpulan, Frog VLE merupakan satu sistem yang jika dilihat dari kewujudan VLE itu sendiri secara keseluruhan ianya memang sebuah sistem pembelajaran yang agak sempurna. Namun, sistem bukan bergerak bersendirian, ianya berinteraksi dengan manusia yang mempunyai jiwa dan kepelbagaian sifatnya. Ia perlu digerakkan, bukan mengerakkan.
Namun begitu, memulakan projek ini bagi saya merupakan langkah tepat kerajaan kerana ianya merupakan satu fasa pengenalan untuk pembelajaran gaya baru yang bakal dirasai perubahannya oleh dunia pendidikan sepanjang 5 tahun mendatang. Proses membudayakan VLE merupakan satu proses yang amat panjang. Diharap selepas ini pihak tertentu melihat kembali kepada perkara-perkara kritikal agar projek ini tidak mengulangi sejarah SmartSchool pada suatu ketika dahulu.
SEBARANG PENYALINAN ATAU PENYIARAN ARTIKEL DARI BLOG INI ADALAH DIBENARKAN DENGAN SYARAT HENDAKLAH DIKREDITKAN ATAS NAMA BESTARIPROJECT SERTA PAUT KEMBALI KE HALAMAN INI. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.