Posted by : Cikgu Siber Sabtu, 28 Februari 2015


Kegilaan masyarakat terhadap aplikasi Whatsapp amat menarik sekali. Melihat kepada potensi yang ada padanya, syarikat gergasi Facebook pantas membelinya dengan harga USD19 billion pada Februari 2014. Tindakan Facebook ini agak mengejutkan memandangkan mereka sudah ada aplikasi IM mereka sendiri iaitu Facebook Masseger.  Mungkin kerana mereka merasakan syarikat penyedia perkhidmatan permesejan ini dapat memberi jaminan kepada prospek masa depan serta meninggikan nilai syarikat. 


Pengenalan Instant Messaging (IM) adalah pada sekitar tahun 90-an. Sudah tentu anda masih ingat fungsi Chat Room pada aplikasi ICQ. Seterusnya MSN Messager mengambil alih pasaran dan kemudiannya diperkenalkan aplikasi Yahoo Messager yang lebih canggih pada penghujung abad. Seterusnya pada era milenium, ‘zaman smiley’ telah beralih kepada ‘zaman emoji’ yang berkembang seiring dengan teknologi gajet pintar di pasaran.

Saya sendiri mempunyai 22 kumpulan rakan  dalam  aplikasi Whatsapp yang kadang-kadang merimaskan. Agak mustahil saya untuk menyertai setiap perbualan di setiap kumpulan. Oleh itu, saya memilih kumpulan yang selesa dan saya rasakan penting dalam kehidupan saya. Saya tidak sanggup untuk keluar dari kumpulan-kumpulan saya kerana 'takut' dilabel sombong, merajuk dan sebagainya. Senyumm...  :-)

Populariti yang ada pada Whatsapp menyebabkan terdapat organisasi  mewujudkan kumpulan kerja mereka sendiri untuk urusan professional. Namun melalui Whatsapp ia membataskan pengguna untuk berkongsi maklumat dan beberapa media sahaja menerusinya.  Kelemahan yang ada pada penyedia perkhidmatan ini menyebabkan ada yang mencari alternatif lain yang lebih berkesan.

Sebagai ganti TELEGRAM  menjadi pilihan, Adakah ia satu aplikasi yang ideal untuk organisasi  anda? 

TELEGRAM - PENGENALAN
Telegram adalah aplikasi generasi baru IM dengan mengabungkan khidmat mesej pantas dengan perkongsian fail secara awan (cloud). Pengguna boleh berkongsi teks, gambar, video dan sebarang format fail (pdf, doc, zip, mp3, dan sebagainya). Ianya dibangunkan oleh dua beradik iaitu Pavel Durov yang mana seorang programmer dan Nikolai  Durov, seorang pakar terkenal dalam bidang matematik.  Telegram diperkenalkan pada 14 Ogos 2013 untuk versi iOS dan 20 Oktober untuk platform Android.

Pavel Durov, lagak seperti Keanu Reeves dalam filem The Matrix

KELEBIHAN TELEGRAM 
Pantas dan lancar
Telegram amat lancar dan stabil.  Ianya begitu pantas memuatkan data kedalam sistem anda. Antaramukanya amat cemerlang dan kemas. Optimasi dilakukan dengan begitu baik sekali. Ianya mementingkan pengalaman pengguna (User Experience) menerusinya. Selain itu fungsi Broadcast memudahkan anda mnghantar sebarang pengumuman atau pesanan kepada beberapa rakan terpilih dengan mudah dan pantas.


Versi Mobile, Desktop dan Web.
Berbanding pesaingnya Telegram boleh dijalankan diatas sebarang peranti dan sistem pengoperasian (OS).  Saya sendiri memasang aplikasi ini pada desktop dan laptop saya menggunakan akaun yang sama. Oleh itu tiada ada masalah untuk saya berkongsi fail yang wujud didalam hard disk saya. Saya juga tidak perlu menghubungkan peranti pintar dengan desktop saya untuk mengakses sesuatu media atau fail.

Cloud - Penganti Email
Oleh kerana ianya membenarkan perkongsian sebarang format fail menerusi fungsi Cloud, ianya dilihat mampu menggantikan peranan email dalam organisasi. Fail-fail yang dikongsi akan dimuatkan akan disimpan dalam storan awan  ahli kumpulan boleh mengakses fail tersebut. Sudah tentu dengan Telegram anda tidak akan terganggu lagi dengan tawaran iklan, spam serta email notification dari laman sosial. Selain itu, anda boleh berkongsi seberapa besar fail dan media yang anda ada menerusinya. Mereka masih belum meletakan limit data untuk Claud Storage mereka.


Keselamatan Peringkat Tinggi
Data Encryption yang digunakan amat menyakinkan dan berteknologi tinggi- menurut pakar-pakar pengaturcaraan. Telegram juga  pernah mencabar sesiapa yang berminat untuk memacahmasuk (hack) sistem data mereka dengan tawaran USD300,000 . Namun, pada 10 Februari lepas mereka mengumumkan tiada siapapun yang dapat mengganggu sistem mereka. Mereka juga memberi jaminan  untuk meneruskan komitmen dalam menyediakan sistem serta ekosistem yang selamat disamping menjaga privasi pengguna dengan enggan untuk mendedahkan sebarang data kepada pihak ketiga. Selain sistem data heavily encrypted yang canggih, mereka juga memperkenalkan Passcode sebagai ciri keselamatan dimana untuk membuka aplikasi ini anda dikehendaki memasukan nombor pin atau kod laluan anda.


Kumpulan Besar & Percuma
Jika di Whatsapp sesebuah kumpulan hanya membenarkan yang dulunya 50 orang dan terkini sehingga 100 ahli sahaja, tetapi di Telegram  ianya menyokong maksimum 200 ahli berkumpulan.  Ianya begitu besar bagi sesebuah organisasi.  Ia juga menawarkan perkhidmatan secara percuma merentasi batas sempadan negara. Mereka menyatakan yang Telegram merupakan ‘Non-Commercial project' dan ianya akan sentiasa bebas iklan.  

Secret Chat
Secret Chat merupakan satu fungsi  yang memaparkan mesej peribadi pada peranti pintar sahaja. Ianya tidak wujud pada versi desktop mahupun web. Ini bermakna kerahsiaan anda akan terjamin walaupun anda tidak log out sistem anda di PC ataupun web. Selain itu Secret Chat memberi perlindungan keselamatan  terunggul dengan ciri end-to-and encryption . Chat anda tidak akan meninggalkan sebarang jejak di server mereka. Selain itu mereka menyediakan ciri seft-destruct  timer  untuk melupuskan perbualan anda.

Semua adalah admin
Tiada admin diperlukan, semua orang adalah admin. Setelah kumpulan dibina, beliau perlu menjemput rakan-rakan tertentu untuk menyertai kumpulan . Ahli ahli lain juga boleh menjemput sesiapa sahaja dalam koloninya untuk menyertai kumpulan. Setiap ahli bertanggungjawab kepada kumpulan masing masing. Kaedah ini tidak menyusahkan pembina kumpulan dan kumpulan akan berkembang dengan lebih pesat. 

Komitmen kepada inovasi
Telegram selalu melihat kepada persaingnya dalam menawarkan perkhidmatan yang lebih baik.  Selain perkongsian Cloud dan Passcode, mereka juga memperkenalkan Photo Editor dalam version 2.5 dimana anda boleh menyunting gambar yang hendak dihantar menggunakan aplikasi mereka. Mereka juga memperkenalkan Sticker percuma dengan cara yang lebih unik untuk berkongsi emosi. Beberapa lagi inovasi terkini sedang diuji didalam makmal mereka dan bakal dilancarkan dalam beberapa bulan lagi. 



TELEGRAM DI SEKOLAH
Faktor keselamatan data bukanlah satu faktor yang kritikal untuk kegunaan warga warga pendidik di Malaysia. Bagi saya, jumlah maksima ahli dan sistem simpanan data secara awan menyebabkan setiap sekolah WAJIB menggunakan Telegram.

Lazimnya, untuk sekolah dua sesi, jumlah guru paling ramai pun adalah sekitar 150 orang termasuk pentadbir dan staf. Saya juga pernah melihat sekolah yang mengupayaan penggunaan Telegram dalam persekitarannya yang besar dan ianya amat memberansangkan. Sebelum ini semua guru-guru di Malaysia telah diperkenalkan sistem simpanan secara cloud menerusi Frog VLE dibawah program 1bestarinet. Namun, sistem ini jarang digunapakai kerana guru perlu mengakses laman  yang agak berat dan kurang mesra. Mereka kadang kala terkeliru dengan persekitarannya yang agak besar.

Saya telah menggunakan Telegram selama 6 bulan dengan rakan komuniti saya yang lain. Minggu ini saya telah mula mempromosikan penggunaan di sekolah dengan mewujudkan kumpulan khas di SMK Sultan Tajul Ariffin. Saya memasang pada komputer meja pentadbir, guru dan staf dengan harapan ianya menjadi satu platform yang bermanfaat kepada semua.Ianya dapat mewujudkan satu sistem pengkongsian yang cekap dan pantas terutamanya untuk mengumumkan sesuatu maklumat, menghantar contoh borang, kertas kerja, fail panatia dan sebagainya.

KESIMPULAN 
Pada hari ini, Telegram mendedahkan di USA sahaja dalam masa 9 bulan dari Jun 2014 sehingga Februari 2015 peningkatan adalah dari 5 juta  kepada 40 juta pengguna.  Telegram merupakan satu-satunya penyedia yang memberi jaminan yang jitu dalam penyediaan perkhidmatan percuma, mengupayakan inovasi  serta tidak bertolak ansur terhadap faktor keselamatan dan privacy pengguna. Ianya akan kekal dengan ciri uniknya yang tersendiri lantas meninggalkan pesaingan dengan kemaskinian baru pada masa hadapan.

Rujukan: Telegram blog


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -