- Back to Home »
- vle »
- Frog VLE - Ciri-ciri canggih & tips
Posted by : Cikgu Siber
Rabu, 11 Februari 2015
Catatan sebelumnya saya memaparkan maklumat serba sedikit mengenai Frog VLE berkenaan asal usul dan perancangan program 1bestarinet.
Frog VLE membawakan ciri-ciri canggih sebuah sistem pembelajaran dalam talian dengan mengintergrasikan pelbagai sumber pembelajaran. Berikut merupakan beberapa ciri-ciri yang ditawarkan kepada komuniti pendidikan di Malaysia.
Yes ID
Frog VLE membawakan ciri-ciri canggih sebuah sistem pembelajaran dalam talian dengan mengintergrasikan pelbagai sumber pembelajaran. Berikut merupakan beberapa ciri-ciri yang ditawarkan kepada komuniti pendidikan di Malaysia.
Yes ID
Guru, staf, pelajar dan ibubapa pelajar sekolah arus perdana di Malaysia akan diberikan satu Yes ID dan password. Nama ID dijana secara automatik oleh komputer. Pengguna tidak dibenarkan memilih nama yang mereka sukai. Oleh itu, wujud beberapa nama ID yang pelik dan melucukan. Anda disarankan menukar password sejurus log in kali pertama. Pengguna boleh menggunakan ID yang sama untuk mengakses akaun email menerusi Gmail.
Pengurusan Dashboard
Untuk melihat maklumat dan notifikasi , pengguna akan dibekalkan dengan dua laman Dashboard. Satu laman bersifat peribadi iaitu My Dashboard dan satu lagi laman umum sekolah iaitu School Dashboard. Dua laman ini mempunyai peranan yang berbeza. My Dashboard akan memaparkan kostumasi halaman peribadi yang tidak boleh dilihat oleh ahli lain, manakala School Dashboard merupakan halaman utama sekolah yang boleh dicapai oleh semua ahli.
Pengurusan Widget
Kedua-dua halaman ini membolehkan pengguna menggubah laman mereka dengan menukar teks, atau memasukkan elemen multimedia serta widget yang mereka mahukan. Manakala admin diberi peranan yang lebih besar untuk menyunting School Dashboard untuk memaparkan maklumat terkini dan berguna untuk laman umum sekolah. Pengguna boleh menggunakan Widget yang pelbagai dengan hanya drag and drop dari panel suntingan yang disediakan ke laman mereka.
Kawalan Pantas Frog Bar
Pengguna akan diberi kuasa kawalan dengan fungsi Frog Bar pada bahagian atas laman. Fungsi ini akan membenarkan pengguna menukar tetapan, mengelunsur laman, melakukan carian, melihat notifikasi, shortcut aplikasi, dan menguruskan sumber. Fungsi bagi admin, guru, pelajar dan ibu bapa sedikit berbeza bergantung kepada peranan masing-masing.
Aplikasi pembelajaran atas talian
Antara kaedah pembelajaran yang boleh diaplikasikan adalah bersifat kendiri melalui aplikasi pembinaan dan perkongsian laman pembelajaran menerusi Sites. Guru juga diberi aplikasi khas untuk memantau tugasan pelajar dengan aplikasi Assignment. Guru juga boleh membina laman pembelajaran sendiri dan boleh dikongsi dengan pelajar seluruh Malaysia. Pembelajaran tidak terhad kepada laman matapelajaran sahaja. Guru atau pelajar boleh membina dan menyunting laman ko-kurikulum ataupun membina laman buletin menerusi Sites. Disediakan juga laman forum perbincangan serta laman komuniti.
Storan awan FrogDrive
Yang paling menarik saya kira adalah storan awannya FrogDrive. Pengguna boleh menggunakan storan peribadi My Documents dan storan awam School Documents tanpa had data. Tidak perlu lagi bergantung kepada storan fizikal yang kurang selamat. Menerusi School Document guru-guru dapat berkongsi fail, nota, slaid, soalan peperiksaan, template surat, contoh kertas kerja, minit mesyuarat dan sebagainya. Selain sistem simpanan awan terbina mereka juga boleh memilih aplikasi Google Drive yang lebih pantas.
Pengurusan Menyeluruh
Selain itu terdapat beberapa aplikasi yang menarik untuk dicuba. Contohnya Calendar, pengguna akan menggunakan fungsi ini untuk menguruskan urusan persekolahan harian. Dengan aplikasi ini pengguna akan lebih peka dengan program anjuran sekolah kerana segala takwim aktiviti sekolah tercatat pada kalendar. Pelajar juga tidak akan terlupa tarikh akhir serahan buku latihan dan tugasan lagi. Selain itu diletak juga kalendar tempahan dan pelbagai lagi fungsi menarik seperti Hop-in di Frog Academy.
Benaman Aplikasi
Sepertimana juga halaman web berasaskan HTML ia membenarkan sebarang benaman aplikasi menerusinya. Dengan menanam atau istilahnya embed anda boleh mengintergrasikan pelbagai aplikasi dari luar kedalam halaman frog anda. Anda boleh membenamkan video dari Youtube, halaman borang Google Form, Google Docs, playlist video, Padlet, flipbook, permainan flash dan sebagainya.
Sumber
Benaman Aplikasi
Sepertimana juga halaman web berasaskan HTML ia membenarkan sebarang benaman aplikasi menerusinya. Dengan menanam atau istilahnya embed anda boleh mengintergrasikan pelbagai aplikasi dari luar kedalam halaman frog anda. Anda boleh membenamkan video dari Youtube, halaman borang Google Form, Google Docs, playlist video, Padlet, flipbook, permainan flash dan sebagainya.
Sumber
Frog menyediakan pelbagai akses kepada sumber pendidikan. Sebagai contoh, mereka memperkenalkan Frog Store sebagai hentian untuk mendapatkan produk, kandungan dan perkhidmatan pembelajaran. Diperkenalkan juga Bookshelf sebagai galeri muat turun buku digital. Anda juga boleh mengakses buku teks digital disini. Selain itu mereka juga memperkenalkan kandungan SCORM percuma kepada pelajar dan guru.
TIPS
1. Bagi pelajar/guru yang mengalami masalah mengenai Yes ID dan katalaluan anda bolehlah bertemu Guru Penyelaras Bestari atau Guru Penyelaras VLE sekolah yang mana menguruskan sistem tersebut.
2. Untuk login anda mesti masuki ke platform VLE sekolah anda. Alamatnya seperti berikut https://kodsekolah.1bestarinet.net (cth: https://aee4079.1bestarinet.net). Perlu ingat ya https:// bukan http://
3. Untuk menyunting laman, bagi yang sudah biasa dengan Blogger ataupun sistem pengurusan kandungan blog yang lain, ianya mudah bagi anda. Bagi yang baru, inilah masanya untuk anda menerokai ilmu baru.
4. Anda disarankan menggunakan Web Browser Google Chrome versi terkini untuk pengalaman gelintaran yang lancar.
Alamat laman Frog VLE sekolah anda:
https://kodsekolah.1bestarinet.net
LIHAT PROGRAM 1BESTARINET
SEBARANG PENYALINAN ATAU PENYIARAN ARTIKEL DARI BLOG INI ADALAH DIBENARKAN DENGAN SYARAT HENDAKLAH DIKREDITKAN ATAS NAMA BESTARIPROJECT SERTA PAUT KEMBALI KE HALAMAN INI. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.
LIHAT PROGRAM 1BESTARINET
SEBARANG PENYALINAN ATAU PENYIARAN ARTIKEL DARI BLOG INI ADALAH DIBENARKAN DENGAN SYARAT HENDAKLAH DIKREDITKAN ATAS NAMA BESTARIPROJECT SERTA PAUT KEMBALI KE HALAMAN INI. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.
mohon digunakan penulisan dalam blog ini sebagai rujukan saya. Terima kasih.
BalasPadam