- Back to Home »
- vle »
- Idea Kad Frog - Memudahkan anda mengingati ID
Posted by : Cikgu Siber
Ahad, 2 November 2014
Yes ID merupakan ID khas yang dibekalkan kepada semua guru, pelajar dan ibubapa. Ianya dijana secara automatik oleh sistem, oleh itu anda tidak dibenarkan memilih nama yang disukai.
Nama yang diberikan menyebabkan anda akan mudah terlupa dengan ID tersebut. Oleh itu saya bersama pasukan penyelarasan VLE sekolah mencadangkan satu kad Frog untuk semua guru, pelajar dan staf.
Kad ini tercatat alamat domain Frog VLE sekolah. Kami sertakan juga QR kod untuk memudahkan pengguna mengakses laman tersebut dengan melakukan imbasan menerusi gajet pintar. Di sebelahnya kami letakkan nama serta Yes ID untuk panduan guru.
]
Terdapat permintaan untuk meletakan katalaluan disini. Kami tegaskan cara sebegitu kurang selamat dan mendedahkan diri anda kepada sebarang ancaman penyalahgunaan seandai kad itu hilang dan sebagainya.
Untuk mencatat katalaluan di kad itu terpulang kepada pengguna untuk mencatatnya sendiri atas risiko sendiri.
Idea ini boleh diaplikasikan oleh semua sekolah di Malaysia dalam usaha mempromosikan penggunaan Frog VLE dalam kalangan komuniti pendidikan.